Bagaimanakah British berjaya menakluk Semenanjung Tanah Melayu??

Menyentuh berkaitan tajuk ini, British telah berjaya menakluk dalam erti kata lain, beberapa kawasan yang bukan merupakan hak mutlak mereka.  Bagi Asia Tenggara, mereka berjaya menakluk ( bahasa kasar) atau mempengaruhi ( bahasa lembut) sebahagian dari kepulauan Borneo, Tanah Melayu dan Burma ( kini Myanmar, atau adakah ianya sebahagian Indo-China).  Kejayaan British dalam menguasai Asia Tenggara ( Tanah Melayu @ Malaya @ Malay Peninsular), terlebih dahulu didahului dengan menguasai benua kecil India ( selatan India, India utara, malangnya gagal menguasai Afghanistan secara langsung) pada abad ke 17. 

Kamaraan British dengan penguasaan Pulau Pinang melalui agennya iaitu, Francis Light yang pada mulanya merancang memiliki Pulau Phuket ( Pulau Salang ).  Ancaman berterusan Thai di bawah Dinasti Chakri yang berpusat di Bangkok ke atas kesultanan Kedah yang berpusat di Kota Setar, menyebabkan Paduka Sri Sultan Abdullah Al Mukarram Shah telah menyerahkan Pulau Pinang pada Francis Light, inilah permulaan pada kemasukan British ke Tanah Melayu.

British amat berjaya dalam melumpuhkan sebarang penentangan yang dilakukan ke atas penjajahannya, negara beraja Burma berjaya dilumpuhkan dalam beberapa siri peperangan dari peperangan yang pertama , seterusnya berlangsung pada Perang Burma ke II dan Perang Burma ke III, menyaksikan Burma kehilangan terus negaranya dengan kaedah penaklukan ketenteraan British.

Berbeza dengan Tanah Melayu dan kepulauan Borneo, British tidak memerlukan peranan ketenteraan yang amat besar, berbeza dengan Burma, ini menimbulkan persoalan, malahan dalam kebanyakan kes penentangan di Tanah Melayu, British hanya menghantar sepasukan polis atau lebih terkenal sebagai ‘sepoi’ , iaitu anggota polis yang diambil dari kalangan penduduk di negara Punjab di benua kecil India.

Penentangan ke atas kerajaan beraja Brooke dan Syarikat Hindia Timur British di Sabah juga tidak memerlukan peranan ketenteraan oleh pihak British, ini menunjukkan British amat selesa dan aman menakluki negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu, mereka hanya memerlukan kaedah pentadbiran yang mantap di Tanah Melayu melalui kaedah sistem ‘Residen’ atau ‘Penasihat British’, Negeri-Negeri Selat dan menasihati secara senyap bagi pentadbiran kerajaan beraja Brooke di Sarawak dan S.H.T.B di Sabah.

British juga amat terkenal dalam usaha mereka melumpuhkan sebarang penentangan yang wujud ke atas mereka, malahan ini dapat dipastikan dengan kehadiran pegawai-pegawai British berketurunan Yahudi ( Israel) di dalam pentadbiran British di Tanah Melayu, P. Pinang, Melaka dan Singapura .  Para pentadbir British ini amat cekap dan berkesan dari segi tindakan atau penyuluhan dalam merencanakan pelbagai dasar dan corak pentadbiran untuk mengekalkan kuasa mereka di Tanah Melayu.
Adalah amat mustahak di fahami, objektif utama pihak British menakluki Tanah Melayu berpunca dari tekanan ekonomi yang melanda kerajaan British setelah mengalami kekalahan di dalam ‘Perang Revolusi Amerika-Syarikat’ yang menyaksikan British kalah pada pakatan Perancis dan pejuang Revolusi Amerika Syarikat yang dipimpin oleh George Washington.  Bijih timah adalah sumber kewangan utama bagi pihak British, jesteru itu negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan perlu dikuasai oleh pihak British dan memastikan monopoli perniagaan bijih timah dikuasai oleh pihak British di rantau Asia Tenggara dan menafikan kuasa Barat yang lain seperti Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan Belanda. 

Walaupun begitu, adalah amat pelik dan agak janggal dari perspektif kedaulatan negeri-negeri di Tanah Melayu yang hanya melaksanakan penentangan yang agak minima ke atas pihak British, berbanding apa yang berlaku di Burma.  Apakah kekuatan tentera kerajaan negeri-negeri beraja di Tanah Melayu sudah hancur atau langsung tidak mempunyai struktur organisasi ketenteraan yang gagah dan ampuh??

About these ads

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s