Konflik Amerika Syarikat vs Republik Rakyat China ; Laut China Selatan – United States vs People’s Republic of China in deep sea;South China Sea

Salam hormat, ketemu lagi dari Muhammad Zakir, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Tempohari saya telah membincangkan mengenai konflik perebutan kuasa di antara kuasa-kuasa besar di Laut China Selatan dan Selat Melaka.
Situasi konflik ini telah berlaku pada 8 Mac 2009 ( Ahad) yang lalu, konflik ini berlaku di antara sebuah negara kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat ( U.S) dan bakal negara kuasa besar dunia di Timur, tidak lain dan tidak bukan merupakan Republik Rakyat China ( PRC).

Pada 8 Mac 2009, sebuah kapal perisikan Tentera Laut Amerika ( United States Navy-USN) yang dikenali sebagai USS Impeccable yang berada dalam lingkungan 100 km ( 75 batu) di dalam kawasan perairan Laut China Selatan. Kapal perisikan USN ini adalah kapal pengesan kapal selam yang dilengkapi sonar berkekuatan tinggi, dalam mengesan pergerakan kapal selam Tentera Laut China yang beroperasi dari pengkalan tentera laut di Sanya, Pulau Hainan, China.
Ini dapat ditafsirkan sebagai percubaan Amerika Syarikat untuk mengesan laluan kapal selam China, apatah lagi pengkalan kapal selam China yang dikatakan tersimpan rapi di dalam kawasan bukit yang hanya boleh dilalui dengan terowong dari laut ke dalam pengkalan rahsianya. Ini menyebabkan Amerika Syarikat gagal mengesan pergerakan kapal selam dan aktiviti di pengkalan kapal selam, melalui pemantauan satelit di ruang angkasa lepas.

Tentera Laut China menggunakan taktikal ‘harassment’ bagi menghalau kapal USS Impeccable dari jarak 75 km ke selatan Pulau Hainan, mereka menggunakan lima buah kapal, termasuklah kapal peronda perikanan China, kapal kajian kelautan , kapal pemantauan kelautan tentera laut dan dua buah bot penangkap ikan.
Dua buah bot penangkap ikan telah menghampiri kapal USS Impeccable dalam jarak 15 meter dan nelayan ( sebenarnya anggota tentera laut), mengarahkan kapal perisikan Amerika Syarikat tersebut meninggalkan kawasan perairan yang dianggap oleh China sebagai sebahagian kawasan Zon Ekonomi Ekslusif ( ZEE) Republik Rakyat China, sementara Amerika Syarikat beranggapan bahawa, kapal USS Impeccable berada di kawasan perairan antarabangsa dan tidak mengiktiraf kawasan ZEE yang didakwa oleh pihak berkuasa China.
Dua buah bot penangkap ikan China, malahan memprovokasi kapal USS Impeccable dengan memberhentikan bot mereka, di hadapan kapal USS Impeccable yang sedang bergerak meninggalkan kawasan konflik tersebut, namun kecekapan pegawai pemerintah USS Impeccable memberhentikan kapalnya dari melanggar dua buah bot China tersebut, berjaya mengelakkan konflik yang bakal mengundang, sesuatu yang serius dari segi hubungan dua hala antarabangsa Amerika Syarikat dan China.

Pada 5 Mac 2009, kapal USS Impeccable telah diprovokasi oleh sebuah kapal frigate Tentera Laut China yang sengaja, melintas laluan kapal dalam jarak yang sangat dekat yang memungkinkan perlanggaran kapal, dua jam selepas itu sebuah kapalterbang pengebom ringan Tentera Udara China dari jenis Yak – 12 terbang serendah 600 meter melintasi kapal USS Impeccable, sementara pada 7 Mac 2009 sebuah kapal Tentera Laut China telah menghubungi kawalan komunikasi radio kapal USS Impeccable, agar kapal perisikan Amerika Syarikat meninggalkan kawasan perairan tersebut atau menghadapi kemungkinan ‘buruk’.  Bagi undang-undang antarabangsa Amerika Syarikat, menyatakan tiada sebarang kuasa yang boleh menyekat tindakan Amerika Syarikat untuk melakukan pemantauan kelautan, iaitu; “in waters beyond the territorial sea of another state without prior notification or consent”. (Sila rujuk laporan agensi berita ini; US And China Face-Off On The High Seas, Sky News, March 9, 2009 ,China hits out at US on navy row BBC News 2009-03-10 Chinese ships ‘harass’ US vessel, BBC News, 9 March 2009 )

Kerajaan Republik Rakyat China melalui jurucakap rasmi Kementerian Luarnya, Ma Zhaoxu menyatakan,  “China has lodged a solemn representation to the United States as the USNS Impeccable conducted activities in China’s special economic zone in the South China Sea without China’s permission”. Sila rujuk berita ini di, http://news.xinhuanet.com/english/2009-03/10/content_10983647.htm.

Selain daripada itu, Ma Zhaoxu menyatakan pendirian tegas pemerintah China terhadap agresi perisikan Amerika Syarikat di Laut China Selatan sebagai berkata;
 “We demand that the United States put an immediate stop to related activities and take effective measures to prevent similar acts from happening, the U.S. claims are gravely in contravention of the facts and confuse black and white and they are totally unacceptable to China. The UN Convention on the Law of the Sea, the Law on the Exclusive Economic Zone and the Continental Shelf of the People’s Republic of China, and the Regulations of the People’s Republic of China on the Management of Foreign-related Marine Scientific Research, have clear regulations on foreign vessels’ activities in China’s exclusive economic zones”. (http://news.xinhuanet.com/english/2009-03/10/content_10983647.htm).

Kapal USS Impeccable milik Amerika Syarikat, dibina pada 15 Mac 1992 di Halter Marine Incorporated di Gulfport, Mississippi oleh syarikat American Shipbuilding, di Tampa Florida. Kapal perisikan pengesan kapal selam ini diserahkan pada Tentera Laut Amerika Syarikat pada 22 Mac 2001 dan diklasifikasikan sebagai T-AGOS ( kapal pengesan kapal selam dengan menggunakan sonar), T- AGOS bermaksud kaedah menunda peralatan sonar yang akan mengesan sebarang objek di bawah permukaan laut, terutamanya kapal selam musuh atau dalam bahasa ketenteraannya disebut Surveillance Towed Array Sensor System. Sistem ini menggunakan kaedah pengesanan frekuensi sonar aktif dan pasif dalam mengesan sebarang objek di bawah permukaan laut ( jika di udara pengesanan sebarang objek menggunakan radar, sebaliknya di dalam laut pengesanan dilakukan dengan sonar).
Kapal USS Impeccable mempunyai 25 orang krew dari Tentera Laut Amerika Syarikat dan 25 orang krew awam yang mahir dalam bidang sains kelautan dan teknologi sains ketenteraan maritim.

Kebimbangan kerajaan Republik Rakyat China amat mudah difahami, operasi kapal USS Impeccable boleh memusnahkan kerahsiaan laluan utama kapal selam mereka di bawah laut di Laut China Selatan. Kaedah pengesanan sonar Amerika Syarikat menggunakan peralatan AN / U QQ – 2 Surveillance Towed Array Sensor System atau ringkasannya, SURTASS. Bagi tindakan sistem pengesanan sonar SURTASS frekuensi rendah, ia mampu mengesan sesebuah kapal selam musuh dalam jarak yang sangat jauh menggunakan sonar aktif dan sonar pasif, bagi sonar aktif ia akan memancarkan signal audio dalam lingkungan 100 Hz dan 500 Hz menggunakan peralatan yang dipasang di bawah kapal, sementara sonar pasif pula akan ditunda dengan kabel dari kapal induknya ( USS Impeccable).
Sonar berkuasa tinggi ini akan menyebabkan Amerika Syarikat dapat memetakan laluan kapal selam, laluan selamat kapal selam, kawasan pengkalan kapal selam utama di pulau Hainan dan jumlah kapalselam China yang beroperasi di Laut China Selatan, malahan mengganggu operasi sonar kapal selam Tentera Laut China.

Penguasaan Laut China Selatan dan Selat Melaka

Adalah jelas dari konflik di Laut China Selatan pada 8 Mac 2009 berhampiran pulau Hainan dan Veitnam, menunjukkan Amerika Syarikat masih ingin menunjukkan taring ‘Singa Laut US’ di Laut China Selatan. Amerika Syarikat tidak sewenang-wenangnya akan melarikan atau menjauhkan dirinya dari kawasan Asia Tenggara. Ini ditambah lagi dengan kepentingannya melindungi dua buah negara ‘Oceania’ di selatan, iaitu Australia dan New Zealand.
Kepentingannya memelihara perhubungan dengan Indonesia adalah sangat mustahak, agar negara Republik Rakyat China tidak mendominasikan Laut China Selatan. Taktikal ketenteraan Amerika Syarikat di Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Filiphina, Singapura, Thailand dan Indonesia, menunjukkan dasar luar Amerika Syarikat yang cuba mengekang kuasa ‘beruang Panda China’ yang kelihatan memakan rumpun buluh, namun mempunyai rahsia kekuatan yang tidak dapat diramalkan dengan sewenang-wenangnya.
Amerika Syarikat juga berkemungkinan berdendam dengan maruah Tentera Lautnya yang dimalukan dalam beberapa insiden oleh kapal selam Tentera Laut China yang berjaya menghampiri armada lautnya yang mengandungi kapal induk membawa kapal terbang, seperti berita ini; “American military chiefs have been left dumbstruck by an undetected Chinese submarine popping up at the heart of a recent Pacific exercise and close to the vast U.S.S. Kitty Hawk – a 1,000ft supercarrier with 4,500 personnel on board.

By the time it surfaced the 160ft Song Class diesel-electric attack submarine is understood to have sailed within viable range for launching torpedoes or missiles at the carrier.According to senior Nato officials the incident caused consternation in the U.S. Navy.The Americans had no idea China’s fast-growing submarine fleet had reached such a level of sophistication, or that it posed such a threat.One Nato figure said the effect was “as big a shock as the Russians launching Sputnik” – a reference to the Soviet Union’s first orbiting satellite in 1957 which marked the start of the space age.

The incident, which took place in the ocean between southern Japan and Taiwan, is a major embarrassment for the Pentagon.The lone Chinese vessel slipped past at least a dozen other American warships which were supposed to protect the carrier from hostile aircraft or submarines.And the rest of the costly defensive screen, which usually includes at least two U.S. submarines, was also apparently unable to detect it.According to the Nato source, the encounter has forced a serious re-think of American and Nato naval strategy as commanders reconsider the level of threat from potentially hostile Chinese submarines.

It also led to tense diplomatic exchanges, with shaken American diplomats demanding to know why the submarine was “shadowing” the U.S. fleet while Beijing pleaded ignorance and dismissed the affair as coincidence.

Analysts believe Beijing was sending a message to America and the West demonstrating its rapidly-growing military capability to threaten foreign powers which try to interfere in its “backyard”.

The People’s Liberation Army Navy’s submarine fleet includes at least two nuclear-missile launching vessels.Its 13 Song Class submarines are extremely quiet and difficult to detect when running on electric motors.

Commodore Stephen Saunders, editor of Jane’s Fighting Ships, and a former Royal Navy anti-submarine specialist, said the U.S. had paid relatively little attention to this form of warfare since the end of the Cold War.

He said: “It was certainly a wake-up call for the Americans.“It would tie in with what we see the Chinese trying to do, which appears to be to deter the Americans from interfering or operating in their backyard, particularly in relation to Taiwan.” ( http://www.dailymail.co.uk/news/article-492804/The-uninvited-guest-Chinese-sub-pops-middle-U-S-Navy-exercise-leaving-military-chiefs-red-faced.html)

Kesimpulannya, Laut China Selatan menjadi semakin aktif dari segi perluasan kuasa negara-ngera kuasa besar, namun bagi Malaysia ianya tidak membimbangkan disebabkan wujudnya penduduk berketurunan China yang ramai di negara ini.
Malahan, perhubungan diplomatik telah terjalin sejak zaman Dinasti Ming lagi, melalui Laksamana Cheng Ho yang mengiktiraf kuasa diraja kesultanan Melaka. 
Tekanan berpusat pada Amerika Syarikat yang kian tertekan dengan kemelesetan ekonomi, malahan mereka amat arif mengetahui bahawa kepimpinan politik di Thailand, Filiphina, Singapura dan Myanmar dikuasai oleh Presiden atau Perdana Menteri yang berketurunan China.

Dari satu sudut, negara Republik Rakyat China sudahpun memenangi peperangan psikologi dan kuasanya di Asia Tenggara, dimana kesemua negara di Asia Tenggara, Australia dan New Zealand mempunyai penduduk berketurunan China yang ramai, manakala di Borneo ( Sabah, Sarawak, Kalimantan), jumlah penduduk berketurunan China semakin hari semakin bertambah, ini menguatkan pengaruh Republik Rakyat China di Laut China Selatan, kepulauan Natuna dan kepulauan Terumbu Layang-Layang.

Sekian- sudah makan ke belum???

4 Comments

Filed under Uncategorized

4 responses to “Konflik Amerika Syarikat vs Republik Rakyat China ; Laut China Selatan – United States vs People’s Republic of China in deep sea;South China Sea

  1. Rahimah binti Muhammad Nor

    Saya pelajar Universiti Malaya Tahun 2, Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Saya terlibat dalam menyediakan kertas kerja mengenai hubungan China-Taiwan dan peranan Amerika Syarikat. Pada pandangan saudara adakah hubungan Taiwan- China akan terus berterusan dan saudara menyokong di pihak mana?

  2. Assalamualaikum saudari mahasiswa Rahimah binti Muhammad Nor, saya akan menjawab soalan saudari dalam teks saya dalam laman blog ini tidak lama lagi, sebagaimana yang saudari mengetahui dari pembacaan, golongan pemerintah di Taiwan bersulur galur dari Parti Kuomintang yang membawa aliran nasionalisme China, sedangkan Republik Rakyat China membawa aliran sosialisme komunisme dengan Parti Komunis China.
    Hubungan Taiwan dan R. R. China dalam tahun 1950-1980 agak tegang, namun pada tahun akhir tahun 2008, ianya agak hampir mesra semula, namun perbezaan ideologi menjadi halangan sementara untuk kedua-dua buah negara menjalinkan hubungan erat, tambahan pula R. R. China tidak mengiktiraf kedaulatan Taiwan.
    Peranan Amerika Syarikat adalah menyokong Taiwan sebagai negara ofensif pada R. R. China.

    Saya adalah penganalisis politik antarabangsa secara akademik/ilmiah, saya tidak menyokong mana-mana pihak, kajian saya adalah secara praktikaliti dan bergantung dengan hipotesis yang menyangkut dengan fakta dan sumber yang sahih, sebagaimana disiplin keilmuan pensejarahan dunia.

    Terima kasih.

  3. fadhli

    Boleu saudara terangkan mengenai usaha China ke arah menjadi sebuah kuasa ” Blue Water Nnavy”.

    • muhammadzakir

      Askmwbt saudari Fadhli, saya akan memberi ulasan berkaitan usaha-usaha negara ‘Republik Rakyat China’ menjadi sebuah ‘super power’ di Lautan Pasifik dan Laut China Selatan tidak lama lagi, pada waktu kini saya sedang ‘kesibukan’ membantu seorang pakar sejarahwan dari England [ D. Phil- holder] dari salah sebuah universiti tersohor di dunia, insyaAllah..selepas projek penyelidikan ilmiah selesai, saya akan cuba mengulas dan mengkaji , berkaitan soalan saudari mengenai keupayaan tentera laut ‘Republik Rakyat China’. Walaupun begitu, strategi yang digunapakai oleh tentera laut ‘RRC’ [dengan izin singkatan], melebihkan penggunaan kapal selam [ kuasa nuklear, konvesional] dalam menguasai Lautan Pasifik, Laut Jepun dan Laut China Selatan lebih praktikal, berbanding penggunaan kapal induk pembawa kapal terbang seperti Amerika Syarikat.

      ‘RRC’ memerlukan kos belanjawan yang tinggi untuk membina kapal pembinasa, kapal frigat dan kapal induk pembawa kapal terbang, adalah lebih relevan ‘RRC’ menumpukan ke arah bidang penyelidikan pembinaan kapal selam yang sukar dikesar sonar atau pergerakan yang senyap di dalam laut, malahan penciptaan torpedo berkuasa tinggi dengan jarak penyelusuran torpedo ke sasaran yang lebih jauh [ nautika/km].

      Kemampuan ‘RRC’ membina kapal selam dan torpedo yang canggih, sudah pastilah akan menimbulkan masalah yang amat besar pada negara lawan, malahan saudara mestilah ingat, bahawa negara ‘China’ secara tradisinya amat pintar dalam bidang falsafah, saya berharap saudara dapat mengkaji sejarah falsafah perang purba negara China di dalam era Dinasti Song, Tang dan Ming… maka saudara akan dapat menilai, apakah kaedah yang akan dapat digunakan dalam strategi peperangan…..walaupun di era moden.

      Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s