Victoria Institution @ VI – Warisan Sejarah Malaysia- a great history in Malaysian communities, Malays-Indian-Chinese

Salam ketemu lagi, Muhammad Zakir dari UM, KL

Victoria Institution adalah sebuah sekolah menengah di Malaysia yang bersejarah, VI amat penting untuk dikaji, dari segi peranannya, dalam kajian sejarah Malaysia atau sejarah sosial / kemasyarakatan Malaysia. Mengapa?

Mengapakah bukannya seperti, Maktab Melayu Kuala Kangsar ( MCKK) di Kuala Kangsar atau Kolej Tuanku Khurshiah, di Seremban, malahan Maktab Tentera Di Raja, Sungai Besi, Kuala Lumpur, mengapakah saya memilih Victoria Institution atau ringkasnya VI ( VI)?.

Jawapannya;

VI merupakan sebuah sekolah menengah tinggi di Kuala Lumpur yang mempunyai pelajar yang berlawanan jantina ( lelaki dan perempuan), berbanding sekolah berasrama yang disebutkan di atas tadi, malahan paling menarik dari segi sejarah, VI mempunyai asas dalam percampuran masyarakat majmuk di Malaysia, sudah tentulah dari segi pelajar-pelajarnya yang berlainan bangsa, iaitu Melayu, India dan Cina, serta etnik-etnik lain di Malaysia.

Ini ditambah lagi dengan pelajar-pelajarnya yang datangnya dari negara jiran ASEAN , seperti Indonesia dan Brunei yang merupakan golongan yang memainkan peranan yang sangat penting di negara masing-masing dalam bidang politik, ketenteraan dan pentadbiran negara masing-masing.

Saya melihat Victoria Institution atau ringkasnya VI ( selepas ini, saya nukilkan sebagai VI), adalah sebuah komuniti kecil masyarakat berbilang bangsa dan etnik yang berjaya menyemai perasaan kekitaan dalam masyarakat Malaysia. Ini tercapai dengan percampuran yang sihat dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.  Sekolah-sekolah di Malaysia amat sukar memainkan peranan yang aktif sebegini, malahan untuk menandingi VI dari sudut kemakmuran bersama dan keaktifan bersama, dalam suasana yang berbilang kaum / etnik.

VI dinamakan sempena nama ‘Queen Victoria’, iaitu di zaman penjajahan British di Malaya pada tahun 1887, bersamaan dengan perayaan ‘ Golden Jubilee’ ( perayaan Jubli Emas, lima puluh tahun pemerintahan Queen Victoria sebagai Ratu England, United Kingdom dan Ireland). 
Baginda dilahirkan dengan dinamakan sebagai Alexandrina Victoria pada 24 Mei 1819 dan baginda mangkat pada 22 Januari 1901 di England. Secara jelasnya, pentadbiran British di Tanah Melayu telah melakukan suatu transmisi masyarakat dengan melakukan, pola penggabungan sistem masyarakat majmuk, melalui VI ( Victoria Inst.).

Ini jelas berbeza dengan penubuhan Maktab Melayu Kuala Kangsar ( Malay College Kuala Kangsar) yang hanya, menumpukan pada golongan bangsawan dan elitis Melayu atau golongan cendekiawan muda Melayu, bagi menyambung pengajian peringkat menengah, sebelum melanjutkan pengajian ke luar negara atau bertugas sebagai pentadbir di Malayan Civil Service ( MCS).

Ianya juga berbeza dengan penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim yang menumpukan, pada latihan perguruan untuk bakal-bakal guru yang berketurunan Melayu. Malahan, ianya juga berbeza dengan sekolah-sekolah yang diasaskan oleh golongan mubaligh Kristian, di Tanah Melayu ( Convent, Methodist) yang memperlihatkan hanya anak-anak golongan beragama Kristian dan orang-orang Cina, bersekolah di sekolah-sekolah seumpama ini.

Victoria Inst. atau VI yang ditubuhkan oleh pihak British telah mengumpulkan tiga golongan muda belia di Tanah Melayu, iaitu kaum Cina, India dan Melayu, malahan etnik Serani, Sikh dan lain-lain etnik yang menetap di Tanah Melayu. Penyatuan kaum atau etnik melalui aktiviti pembelajaran, sukan, penginapan asrama dan aktiviti sosial, berjaya mengwujudkan persefahaman dan kekuatan perpaduan di kalangan etnik di Tanah Melayu, apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Tokoh-tokoh seperti hartawan berketurunan Hakka seperti Yap Kwan Seng, Loke Yew dan tokoh dari golongan etnik India, Thamboosamy Pillay telah berusaha untuk menubuhkan, sebuah sekolah menengah tinggi di Kuala Lumpur pada tahun 1893. Aspirasi ini sangat penting, disebabkan ilmu pengetahuan yang tinggi, adalah diperlukan bagi generasi muda, pada zaman akhir abad ke 19 di Tanah Melayu. Seandainya, anak-anak golongan imigran dan orang-orang Melayu, gagal menguasai ilmu akademik yang tinggi, sudah tentulah Tanah Melayu akan terus dijajah oleh pihak British selama-lamanya.

Alumni

VI mempunyai sejarah tradisi yang tersendiri, para alumni yang dicatatkan di bawah ini, memperlihatkan tradisi kerjasama dan kehebatan sekolah menengah tinggi ini, dalam menghasilkan tokoh-tokoh utama di Malaysia, Asia Tenggara, Asia dan dunia, meliputi kepelbagaian bidang tertentu dan mewarnai situasi perkembangan politik, sosial dan ekonomi.

Alumni yang terkemuka seperti Sultan Hassanal Bolkiah dan adinda-adindanya dari Brunei Darussalam, seperti Jefri Bolkiah, Mohamed Bolkiah dan Sufri Bolkiah.

D.Y.M.M Sultan Musa Ghiathuddin Riayat Shah ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah ( 1942-1945), baginda merupakan Sultan Selangor sewaktu pentadbiran kerajaan Imperial Jepun di Tanah Melayu, merupakan alumni VI dan MCKK. 

Leftenan Jeneral Prabowo Subianto Djojohadikusomo, mantan Panglima pasukan komando Indonesia ( KOPASSUS) yang juga menantu kepada Presiden Soeharto dan anak kepada seorang mahaguru pengajian ekonomi Indonesia, dilahirkan oleh VI.

Dalam bidang undang-undang, nama-nama seperti Zainur Zakaria ( mantan Presiden Bar Council), Tan Sri Sulaiman Pawan Teh ( hakim Mahkamah Tinggi dan Persekutuan), Y. M Raja Musa Raja Bot, Datuk K.P Gengadharan Nair dan Tan Sri Anuar Zainal Abidin ( mantan Pengerusi SUHAKAM).

Dalam bidang kepolisian, Datuk Zaman Khan, SAC (II) Zaleha Abdul Rahman ( Timb. Ketua Polis Melaka) dan Tan Sri Abdul Rahim Noor ( mantan Ketua Polis Negara).

Bidang ketenteraan, melibatkan panglima Tentera Laut Malaysia yang pertama, iaitu Tan Sri K. Thanabalasingam dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Hashim Mohd Ali.

Bidang politik memperlihatkan pelbagai tokoh yang unik, contohnya Ezam, Dato Zulhasnan Rafique, Yap Chin Kwee ( mantan Setiausaha Politik kepada Tunku Abdul Rahman), Tan Sri Dato’ Dr. Tan Chee Khoon, Sivarasa Rasiah, Dato’ Seri Shafie Apdal, Rustam A. Sani, Raja Nong Chik ( Menteri Wilayah Persekutuan), Tan Sri Rafidah Aziz, Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Mazlan Harun, Marina Yusuf, Dr. Lee Siew Choh, Datuk Harun Idris, Tan Sri Dato’ Seri Chong Hon Nyan, Tan Sri Ahmad Razali Mohd Ali dan lain-lain.

Tokoh-tokoh terkenal yang lain adalah, Wan Zaleha Radzi ( mantan pembaca berita TV 3), Raja Petra Raja Kamaruddin ( penulis blog politik), Mahadzir Lokman( pengacara terkenal), Harjit Singh Hullon ( pembaca berita RTM), Gamal Nasir Mohd. Ali ( Utusan Melayu (M) Bhd ), Zarul Albakri dan Paul Markandan.

Universiti Malaya mempunyai alumni VI yang kini merupakan, Timbalan Naib Canselor ( Penyelidikan & Inovasi), beliau adalah Profesor Datuk Dr. Mohd Jamil Maah. Sebagai seorang ahli akademik dalam bidang kimia dan terkenal dalam bidang pengurusan koperasi di universiti, beliau adalah seorang tokoh yang membawa budaya kemasyarakatan dan persefahaman antara etnik, ini kemungkinan besar berakar umbi, dari pengalaman luas beliau, sebagai salah  seorang yang terdidik di dalam sistem pengajian di VI.

Sekian.

 

Leave a comment

Filed under Uncategorized

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA:Terima Kasih Universiti Sains Malaysia

Assalamualaikumwarohmatullahiwabarokatuh,

Layanan mesra yang saya terima di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, sewaktu saya melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Sastera ( Sejarah) di Rancangan Pengajian Pendidikan Jarak Jauh USM pada tahun 2005 amat mengharukan saya.

Pintu pagar utama USM adalah pengenalan utama dan dari kesopanan dan kesusilaan, para Pengawal Keselamatan dalam menjawab soalan dan memberikan panduan tunjuk arah ke Pejabat RPPJJ USM amat saya syukuri. Saya tidak langsung memperkenalkan diri, sebagai salah seorang kakitangan Universiti Malaya ataupun pernah bertugas di Jabatan Keselamatan UM, namun budi bahasa para Pengawal Keselamatan USM amat terbaik sekali.

Saya juga berterima kasih dengan para kakitangan Pejabat Bendahari USM, sepanjang berurusan dengan para kakitangan kaunter Pejabat Bendahari USM, mereka memulakan ucapan dengan teguran yang manis dan tersenyum, serta tidak lokek untuk memberikan bantuan kepada para pelajar ( kebanyakan warga matang). Saya memberikan markah A+ untuk kakitangan Pejabat Bendahari USM. Inilah budaya kecemerlangan perkhidmatan awam yang terbaik, malahan saya mendoakan agar pihak Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, dapat menganugerahkan anugerah perkhidmatan kaunter terbaik seluruh Malaysia kepada Jabatan Bendahari USM.

Untuk pengetahuan; Universiti Sains Malaysia ditubuhkan secar rasmi sebagai universiti awam yang kedua di Malaysia pada tahun 1969 di Kolej Perguruan Guru Malaya. Pada tahun 1971, USM berpindah ke tanah bekas kem Tentera British di Minden dengan keluasan tanah 239.4 hektar, kini USM mempunyai cawangan di Kubang Krian, Kelantan yang menempatkan kampus bagi pengajian perubatan dan di Seri Ampangan, Seberang Prai Selatan yang menempatkan kampus kejuteraan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Profesor Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abd Razak USM yang berjaya meningkatkan kecemerlangan akademik serta kemudahan psarana di dalam kampus. Contoh yang terbaik adalah pengenalan sistem pengenalan diri dengan menggunakan kad matrik pelajar dengan mempunyai cip elektronik yang memudahkan urusan akademik dan pentadbiran, malahan dapat digunakan untuk mengeluarkan wang di mesin ATM Bank Islam Malaysia.

Malahan kad matrik pelajar dan kakitangan elektronik tersebut dapat digunakan, untuk diimbas di pintu-pintu utama bagi membuka palang gate pada waktu selepas 12.00 tengah malam, malahan para pelajar sering bergurau, menyatakan sistem itu dapat mencari siapakah dikalangan pelajar yang bergelar juara keluar malam dan pulang pagi, serta bakal dianugerahkan “Anugerah Dekan- Juara Keluar Malam Balik Pagi”. Sisitem ini adalah yang pertama diperkenalkan pada tahun 2005 di sebuah universiti awam di Malaysia, malahan sistem teknologi maklumat dan rangkaian data maklumat USM adalah yang terbaik di Malaysia, walaupun berlaku insiden kesilapan pendaftaran pelajar baru yang diterima masuk ke dalam USM pada sesi 2009/2010.

USM mengajar saya berkaitan budi bahasa, dunia akademik dan pembudayaan ilmiah tinggi, sepanjang berada di dalam pengajian peringkat Sarjana Muda, kesemua tugasan dan tesis akademik, dilakukan oleh saya sendiri dengan mengambil kira konsep integriti dan ketelusan. Bagi tugasan penulisan Bahasa Inggeris, saya selalu diminta oleh para pelajar ‘mahasitua’ dan warga emas untuk membantu mereka, saya merasakan ini satu tanggungjawab bagi membantu mereka yang kekurangan, bukannya melihat dari sudut tidak ingin membantu golongan ini. Setiap insan yang kita berikan pertolongan, adalah tanggungjawab yang diberikan oleh Tuhan, maka kita tidak boleh memperlekehkan golongan yang kurang berkemampuan, malahan tanggapan yang menyatakan mereka tidak boleh diberikan bantuan, adalah pendapat yang tidak rasional dan kurang efektif dari segi pemikiran lateral.

                    Ucapan terima kasih yang tidak berbelah bagi saya ucapkan kepada;

Dekan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh USM, Dr. Omar Majid BSc. ( Lousiana State) M.A ( Mississippi State) yang telah bertungkus lumus memartabatkan RPPJJ USM ke mercu kegemilangan.

Pensyarah bidang Geografi, Mohamad Zaini Omar B.A, Ms.c ( USM) Ph.d ( Sheffield) yang telah memberikan tunjuk ajar terbaik dan panduan untuk menjadi pelajar yang berjaya.

Pensyarah Kanan bidang Sejarah, Profesor Madya Dr. Ahmad Jelani Halimi Cert. Ed ( MPB) B.A  ( USM) M.A ( USM) Ph. d ( UM), seorang tokoh Pensejarahan Dunia dan Asia Tenggara yang banyak membantu dalam bidang penulisan akademik.

Pensyarah sejarah yang saya kenali pada tahun 1979-1981, sewaktu menjadi guru Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Sultanah Asma ( melalui majalah sekolah tersebut yang dibeli oleh kakak saya). Beliau adalah salah seorang tokoh penulisan falsafah sejarah dan falsafah sejarah Islam yang terbaik di Malaysia. beliau adalah Profesor Madya Dr. Abdul Rahman Hj Abdullah Cert. Ed ( UPSI) B.A ( USM) M.A ( UKM) Ph.d ( USM). Pemikiran dan Falsafah pensejarahan yang dihuraikan oleh beliau amat membuka minda saya, tidak keterlaluan saya menyatakan bahawa, saya amat terpengaruh dengan pemikiran dan falsafah yang dibawa oleh Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah USM ini.

Seorang pensyarah yang berasal dari Kodiang, Kedah dalam bidang Sejarah Malaysia dan negeri Kedah bernama Profesor Madya Dr. Hj Mohd Isa Othman Dip. Education B. A ( UM) M.A ( USM) Ph.d ( USM), adalah salah seorang pensyarah yang telah bersara, namun masih lagi mencurahkan baktinya. Saya berasa bersyukur sebagai anak Kedah jati yang dapat berguru dengan seorang pensyarah yang amat mahir berkaitan sejarah negeri Kedah dan seorang yang berpengalaman mendidik kami untuk melakukan penulisan akademik.

Akhir kata ‘ TERIMA KASIH USM’……….jumpa lagi dan kesayuan ada di mata, setiap kali saya melintasi Jambatan Pulau Pinang dan terlihat USM di kejauhan…………………………

1 Comment

Filed under Uncategorized

Muhammad Zakir -dari Hutan Kampung, Alor Setar, Kedah ke Universiti Malaya..

Assalamualaikumwarohmatullahiwabarokatuh,

Salam ketemu lagi, pada dasarnya penulisan ini lebih berkisar dengan diri saya sendiri. Saya sebenarnya kurang bernasib baik kerana hanya berpeluang melanjutkan pengajian peringkat Ijazah di usia awal 30an.

Saya menulis kisah ini disebabkan timbulnya rasa penyesalan, berkaitan kegagalan di dalam kehidupan dalam mencapai taraf kehidupan keilmuan yang tinggi di dalam minda sewaktu berusia 20an. Saya mengkaji beberapa persoalan, namun hakikat yang tidak dapat dielakkan, adalah berkaitan dengan ketidaksedaran keilmuan dan rasa tanggungjawab dalam mempertingkatkan keilmuan.

Saya merasa amat bertuah, ini disebabkan pada usia 20an tahun di Alor Setar, Kedah, saya hanyalah seorang pesawah dan hanya mengetahui berkaitan aktiviti menanam padi sahaja, memiliki sebuah basikal dan bertemankan sebuah radio, malahan saya tidak dapat melupakan zaman mengembala kerbau pada tahun 1979 [ berumur 7 tahun].

Saya berpeluang melanjutkan pengajian pada usia 30an, di Pusat Pengajian Jarak Jauh, USM dengan melakukan pengkhususan bidang Sejarah, agak sukar bagi saya dan pemarkahannya agak tegas, malahan sehingga sekarang, Puan Azmah [ Penyelaras Bidang Sejarah] adalah salah seorang yang agak tegas dalam memberikan pemarkahan. Walaupun begitu, saya bertuah kerana dapat berada di bawah beberapa orang pensyarah kanan bidang Sejarah yang mengkhusus dalam bidang Sejarah Malaysia [ tradisional, moden].

Setelah saya menamatkan pengajian di PJJ, USM, saya dapat menilai beberapa perkara yang perlu ada bagi seseorang penyelidik dalam bidang Sejarah atau politik antarabangsa; jawapannya adalah kemahiran dalam pelbagai bahasa dunia, contohnya; Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Ibrani, Bahasa Mandarin dan lain-lain bahasa asing.

Keperluan dalam memahami Bahasa Inggeris atau bahasa asing adalah penting, sebagai contoh sekiranya kita ingin melakukan kajian mengenai tamadun China, maka sewajarnyalah kita menguasai bahasa Mandarin. Keperluan penguasaan bahasa asing adalah penting, terutamanya menyentuh mengenai mencari bahan rujukan, serta melakukan penyelidikan. Buku-buku dan kajian terdahulu, kebanyakan berbahasa Inggeris atau bahasa ibunda masing-masing, sekiranya seseorang penyelidik memperkasakan bidang linguistik, insyaAllah, saya percaya beliau akan dapat mengkaji dengan lebih mendalam dan lebih ‘berkuasa’.

Berbalik dengan kisah hidup lampau saya, keinginan untuk berubah dengan ilmu adalah daya kekuatan, bayangkan dari seorang pemuda kampung yang tidak mampu memahami atau membaca akhbar aliran Inggeris, seperti ‘The Star’ pada usia 20- 28 tahun, perlahan-lahan saya cuba untuk bertutur dan menulis dalam bahasa ‘lingua-franca’ ini. Alhamdulillah, manusia yang sanggup berubah akan ditolong oleh Tuhan [ Allah S.W.T].

Saya menyeru agar setiap kanak-kanak, diberikan pengajian yang terbaik, ibu bapa tidak boleh bergantung dengan sekolah dan sistem pembelajaran asas sahaja, ibu bapa di zaman tamadun, perlulah gigih berusaha agar anak-anak mereka berilmu dan mampu menguasai dunia.

Oleh itu, keazaman dan iltizam yang gagah adalah diperlukan untuk mencari kaedah terbaik bagi memperkasakan tingkat keilmuan di dalam hati sanubari setiap insan.

Sebenarnya, saya mempercayai bahawa setiap manusia adalah bijak, namun akibat terhadnya; peluang, bahasa, pengetahuan, kerajinan dan kegigihan; bakal membawa kejayaan.

Hindarkan dari mencemuh seseorang manusia lain, berilah peransang; agar setiap warga Malaysia, tidak mengira bangsa atau etnik berjaya di dalam kehidupan mereka yang cemerlang.

Terima kasih.

5 Comments

Filed under Uncategorized

PERANAN WANITA YANG UNGGUL DALAM BUKU ‘ SEJARAH MELAYU’ TUN SRI LANANG

PERANAN WANITA YANG UNGGUL DALAM BUKU ‘ SEJARAH MELAYU’ TUN SRI LANANG

( Tulisan teks ini, mengambil contoh-contoh daripada buku histiografi sejarah terkemuka alam Melayu,Nusantara,  iaitu ‘ Sejarah Melayu’)

 

Wanita

Peranan golongan wanita dalam politik tradisional Melayu mencakupi pelbagai bidang untuk dikaji secara mendalam. Kajian akan menumpukan peranan wanita dalam beberapa naskah histiografi tradisional Melayu.

Walaupun pelbagai tanggapan yang melemahkan peranan wanita tradisional Melayu di utarakan, namun beberapa bukti dapat dilihat hasil dari kajian yang dilakukan ke atas teks-teks atau naskhah-naskhah berbentuk sejarah silam.

Sejarah Melayu ( Versi W. G Shellabear) telah dikaji untuk melihat peranan golongan wanita tradisional dalam memainkan peranan mereka dalam struktur politik tradisional Melayu . Tanggapan yang menetapkan wanita sebagai tidak berperanan dalam mengubah atau mempengaruhi sistem politik dan geopolitik di kalangan masyarakat di zaman lampau ratusan tahun lalu, adalah bersalahan sama sekali. Peranan wanita didapati amat besar dan berpengaruh dalam menentukan hala tuju sesebuah kerajaan tradisional, contohnya kesultanan Melayu Melaka.

 

Sejarah Melayu telah mengisahkan perkahwinan di antara Putri Syahrul Bariyah dengan Raja Iskandar Zulkarnain[ 5]. Putri Syahrul Bariyah merupakan puteri kepada Raja Kida Hindi yang di Islamkan oleh Raja Iskandar Zulkarnain. Perkahwinan tersebut telah menghasilkan keturunan yang terbaik di kalangan raja-raja di benua India dan kepulauan Melayu di Nusantara, khususnya di dalam kesultanan Melayu Melaka. Anak lelaki Putri Syahrul Bariyah dan Raja Iskandar Zulkarnain, bernama Raja Aristun Syah berkahwin pula dengan puteri Raja Turkistan dan mendapat seorang putera dinamakan sebagai Raja Aftus. Keturunan dari Putri Syahrul Bariyah ini, akhirnya sampai kepada Raja Suran yang menyerang rantau Asia Tenggara ( Gangga Negara) dan menurunkan keturunan Raja-Raja Melayu. Perkahwinan Raja Suran dengan Putri Mahtabul Bahri di dalam alam ghaib di bawah laut telah menghasilkan tiga orang putera lelaki  bernama Raja Aftabul Ard Nila Pahlawan, Kerisyna Pandita dan Nila Utama.

Peranan wanita yang dapat dikesan dalam perenggan ini adalah, wanita sebagai penerus warisan atau zuriat yang terbaik sehingga mengwujudkan sistem politik beraja yang terbaik dan disegani.

 

Peranan Wan Empuk dan Wan Malini  yang mengusahakan bidang pertanian di Bukit Seguntang memainkan peranan penting mereka dalam meluaskan jajahan takluk kerajaan Melayu di rantau Melayu dan Nusantara. Wan Empuk berkahwin dengan Nila Pahlawan dan Wan Malini dengan Kerisyna Pandita setelah bertemu dengan putera-putera Raja Suran yang berketurunan Raja Iskandar Zulkarnain dan Putri Syahrul Bariyah sehingga mendapat keturunan yang bergelar Sang Sapurba. [19]

Perkahwinan Sang Sapurba dengan Wan Sendari puteri Demang Lebar Daun  telah menghasilkan pula dua orang putera iaitu Sang Maniaka dan Sang Nila Utama ,serta dua orang puteri iaitu Putri Seri Dewi dan Putri Cendera Dewi.

Tuan Putri Cendera Dewi puteri Majapahit dikahwinkan dengan Sang Sapurba dan hasil dari zuriat mereka, keturunan raja-raja Majapahit berketurunan Raja Iskandar Zulkarnain.

Permaisuri Iskandar Syah yang memerintah Bentan mengahwinkan pula puterinya Wan Seri Beni dengan putera Sang Sapurba bernama Sang Nila Utama.

Perenggan ini menyentuh mengenai peranan wanita dalam menurunkan zuriat yang menguasai pusat-pusat pemerintahan yang bakal menempuh kegemilangan empayar jajahan takluk.

 

Pada Bab yang  Ke Sepuluh menceritakan mengenai pembunuhan anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang menjadi gundik kesayangan Raja Iskandar Syah, raja di Singapura. Pembunuhan anak perempuan Sang Rajuna tapa menyebabkan ayahnya membelot pada Betara Majapahit. Serangan tentera Majapahit dibantu oleh Sang Rajuna Tapa dengan membuka pintu kota pada waktu malam dan menyembunyikan bekalan beras sebagai makanan. [52] Implikasinya, Raja Iskandar Syah terpaksa  melarikan diri ke Muar apabila tenteranya mengalami kekalahan.

Perenggan ini membuktikan peranan wanita, walaupun hanya menjadi gundik seorang raja, namun kematiannya menyebabkan kehancuran sebuah negeri yang ditakluk oleh sebuah kuasa ketenteraan dari Majapahit.

 

Peranan sepupu perempuan Raja Rekan dalam menaikkan Raja Ibrahim yang bergelar sebagai Sultan Abu Syahid dalam pemerintahan kesultanan Melaka menunjukkan permainan penting aspek politik di kalangan wanita tradisional [63]. Akhirnya saudara sepupu Raja Rekan terbunuh dalam gerakan merampas kuasa untuk menaikkan Raja Kassim yang bergelar Sultan Muzaffir Shah.

Perenggan ini membuktikan peranan wanita yang berselindung di sebalik tabir untuk memerintah Melaka di sebalik tabir. Sultan terpaksa mengikut arahan saudara perempuan Raja Rekan untuk melantik Raja Ibrahim sebagai pengganti baginda serta peranan saudara perempuan Raja Rekan yang merupakan seorang wanita, mampu memerintah Melaka di sebalik tabir di dalam zaman yang dikuasai golongan lelaki.

Perenggan ini membuktikan kepintaran seorang wanita dalam merebut jawatan dan menguasai sistem politik di Melaka.

 

Anak gundik Seri Nara Di Raja bernama Tun Nina Madi telah dilantik oleh Sultan Muzaffir Syah dengan gelaran Tun Bijaya Maha Menteri. Perenggan ini menunjukkan, walaupun Tun Nina Madi adalah seorang anak lelaki dari seorang gundik, dia berjaya mendapat kepercayaan dari seorang  Sultan yang melantiknya memegang jawatan bergelar. Walaupun, ibunya seorang gundik kepada ayahnya,, namun anak seorang gundik berjaya menaiki taraf sosial atau struktur sosial di dalam masyarakat feudal.

Perenggan ini menunjukkan golongan wanita bertaraf rendah mampu menyediakan zuriat yang bakal memainkan peranan aktif dalam bidang politik.

 

Pertelingkahan yang berlaku di antara Seri Nara Di Raja dan Paduka Raja Tun Perak telah berjaya diselesaikan oleh Sultan Muzaffir Syah dengan menggunakan peranan seorang wanita bagi menyatukan perpaduan di kalangan masyarakat Melaka.

Bendahara Seri Wak Raja telah membunuh diri dengan meminum racun dan penggantinya sebagai Bendahara adalah Seri Nara Di Raja Tun Ali. Anak-anak Seri Wak Raja adalah Tun Kudu yang sangat cantik dan diperisterikan oleh Sultan Muzaffir Syah, adiknya lelakinya bernama Tun Perak dan Tun Perpatih Putih.

Muslihat Sultan Muzaffir Syah dengan mengahwinkan kakak Tun Perak dengan Seri Nara Di Raja yang sudah tua, berfungsi untuk mengelakkan persengketaan dan perpecahan di kalangan penduduk di Melaka. Melaka memerlukan peranan Seri Nara Di Raja dari golongan India dan Paduka Raja Tun Perak yang mewakili golongan Melayu Melaka. Tun Perak akhirnya dilantik oleh Sultan Muzaffir Syah sebagai Bendahara Melaka untuk menggantikan Seri Nara Di Raja yang dilantik sebagai Penghulu Bendahari [71], lantas mengelakkan sebarang pertumpahan darah atau perang saudara di Melaka. Perkahwinan Tun Kudu dan Seri Nara Di Raja menghasilkan zuriat [77] seramai tiga orang, iaitu Tun Tahir, Tun Senaja dan yang bungsu dan bakal menjadi Bendahara Melaka yang penuh kontroversi bernama Tun Mutahir.

Perenggan ini memperlihatkan peranan Tun Kudu yang berperanan sebagai seorang yang berjaya mendamaikan persengketaan di antara dua belah pihak yang bertelagah dan menyatukan komponen politik di Melaka.

 

Pada bab Keempatbelas, Puteri Raden Galoh Wi Kesuma [83] melakukan pemilihan sendiri untuk mencari bakal suami. Putri Wi Kesuma memilih Kimas Jiwa yang merupakan putera Tanjung Pura yang berasal dari keturunan Bukit Seguntang. Perkahwinan ini mendapat seorang puteri bernama Raden Galuh Cendera Kirana yang [91] yang berkahwin dengan Sultan Mansor Syah yang mengeratkan hubungan diplomatik dan mengelakkan serangan Majapahit ke atas Melaka.

Perenggan ini membuktikan kebijaksanaan seorang puteri raja memilih bakal suami yang bakal menguasai sistem politik di Jawa dan wanita berperanan besar dalam mempereratkan perhubungan di antara dua buah negara yang bersengketaan.

 

Maharaja China telah menghantar puterinya bernama Putri Hang Li Po [95] untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansor Syah. Perkahwinan ini telah berjaya memberikan faedah perlindungan Dinasti Ming ke atas kerajaan kesultanan Melaka serta mengelakkan serangan tentera Siam ke atas Melaka berlaku.

Perenggan ini menunjukkan perkahwinan diraja diantara seorang raja dari negera kecil dengan seorang puteri raja dari sebuah kerajaan yang masyhur akan memberikan kestabilan jangkapanjang kepada negara kecil tersebut, perkahwinan seumpama ini disebut sebagai perkahwinan politik diraja.

 

Peranan Raja Tua iaitu nenda Sultan Alauddin Syah untuk membunuh Sultan Mahmud Syah yang masih kecil dan gering sewaktu dijaga oleh Bendahara Tun Perak dan Laksamana Tun Perak menunjukkan peranan wanita dalam [139] merancang pengganti Sultan Melaka.

Perenggan ini sekali lagi menggambarkan peranan wanita yang boleh menyebabkan berlakunya peralihan kuasa atau perancangan teliti, agar calon tertentu menjadi pemerintah menggantikan seseorang raja.

 

Tun Biajid adalah anak lelaki Laksamana Hang Tuah adalah seorang yang berkhidmat untuk Sultan Mahmud Syah. Walaupun begitu, isterinya telah melakukan perlakuan tidak bermoral dengan Sultan Mahmud Syah menyebabkan Tun Biajid enggan lagi mencampuri urusan pentadbiran Melaka atau membantu Melaka dari segi menyumbangkan tenaganya sebagai pahlawan Melaka.

Perenggan ini menggambarkan implikasi dari perlakuan tidak bermoral seorang isteri telah mengakibatkan suaminya yang berkebolehan dalam mempertahankan Melaka enggan untuk berkhidmat dengan rajanya.

 

Putri Onang Kening [152], putri raja Kelantan yang tertawan oleh serangan Melaka telah diperisterikan oleh Sultan Mahmud Syah. Perkahwinan ini menghasilkan Sultan Muzaffir Syah yang akhirnya menjadi Sultan Perak yang pertama.

Perenggan ini menunjukkan bagaimana seorang wanita telah menurunkan seorang zuriat yang keturunannya memerintah negeri Perak sehingga sekarang.

 

Peranan bonda Sultan Mahmud Syah yang membisikkan di sebalik pintu kepada Sultan Mahmud Syah agar memilih adiknya Tun Mutahir menjadi Bendahara Melaka bergelar Seri Maharaja [154].

Perenggan ini menunjukkan peranan dan campurtangan yang terlalu tinggi oleh seorang wanita dalam mempengaruhi keputusan Sultan dalam melantik Bendahara.

 

Tun Teja Ratna Benggala [155] anak perempuan Bendahara Pahang Seri Amar Bangsa Diraja menjadi titik perebutan di antara Sultan Mahmud Syah dengan Sultan Abdul Jamil di Pahang.  Hang Nadim berjaya melarikan Tun Teja dari Pahang dan dibawa ke Melaka dan diperisterikan oleh Sultan Mahmud Syah dan mendpat seorang puteri bernama Tuan Putri Amra Dewi.

Perenggan ini memperlihatkan peranan seorang wanita yang menjadi rebutan sehingga hampir-hampir menyebabkan berlakunya peperangan di antara Pahang dan Melaka.

 

Anak perempuan Bendahara Seri Maharaja TunMutahir, bernama Tun Fatimah adalah seorang yang amat cantik dan jelita [188]. Tun Mutahir mengahwinkan Tun Fatimah dengan saudara terdekat bernama Tun Ali dan Sultan Mahmud Syah yang pertama kali menatap wajah Tun Fatimah di majlis perkahwinan telah jatuh hati dengan Tun Fatimah. Fitnah Raja Medeliar dan Si Kitul kepada Laksamana Khoja Hasan mengenai hasrat Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir untuk menjadi Raja Melaka memberi kesempatan untuk Sultan Mahmud Syah untuk memperisterikan Tun Fatimah. Sultan Mahmud Syah mengarahkan Tun Mutahir, Seri Nara Di Raja, anak Tun Mutahir bernama Tun Hasan Temenggung dan suami Tun Fatimah iaitu Tun Ali  dibunuh atas tuduhan berkomplot merampas kuasa. Sultan Mahmud Syah memperisterikan Tun Fatimah yang menyebabkan kehancuran kesultanan Melaka. Perkahwinan ini juga menyebabkan Tun Fatimah bertindak untuk membalas dendam dan menaikkan anak lelakinya sebagai pengganti kesultanan Melayu Melaka setelah kemangkatan Sultan Mahmud Syah. Apabila Sultan Ahmad Syah anakanda Sultan Mahmud  Syah dengan Unang Kening mangkat, tempat baginda sebagai diganti oleh Raja Muzaffir Syah merupakan adinda Sultan Ahmad dari bondanya Unang Kening. Sultan Mahmud Syah yang terlampau menyayangi Tun Fatimah akhirnya melantik Raja Alauddin sebagai bakal raja, sebagaimana kehendak Tun Fatimah yang inginkan zuriatnya menjadi pengganti Sultan Melaka. Raja Alauddin mengambil alih tampuk pemerintahan setelah kemangkatan Sultan Mahmud Syah.

Perenggan ini menunjukkan bagaimana seorang wanita yang teraniaya bangun untuk meneruskan kehidupannya dan akhirnya meneruskan kesinambungan zuriat Sultan-Sultan Melaka.

 

Penutup

Kesimpulannya, wanita juga berperanan penting dalam membawa pada perubahan sistem politik di alam Melayu. Peranan mereka walaupun tidak segagah kaum lelaki, mampu jua menimbulkan beberapa kesan ke atas perjalanan politik bagi sesebuah kerajaan, sebagaimana yang telah tercatat dalam Sejarah Melayu.

 

 Sekian terima kasih Muhammad Zakir. Universiti Malaya.

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Manifest Destiny – Ketentuan Takdir Bangsa Kulit Putih Amerika Syarikat menakluk Dunia ; White Man Burden of United States ( America)

Manifest Destiny[1] merupakan satu terma perkataan yang membawa maksud pada ketentuan takdir yang unggul pada dasar perluasan wilayah Amerika Syarikat pada awal abad ke 19 dari persempadanan pergunungan Appalachian di pantai timur merentasi tengah benua Amerika Utara, merentasi pergunungan Rocky di pantai barat dan wilayah California dan Oregon yang mengadap ke Lautan Pasifik, ianya dianggap sebagai “destined and divinely ordained by The God of Christianity”[2].

Manifest Destiny juga berjaya membentuk Amerika Syarikat berubah menjadi 50 buah negeri yang bernaung di bawahnya dengan kerajaan persekutuan / federal di pusatkan di Washington sebagai ibu negaranya.

Dasar perluasan wilayah dan kekuasaan yang disandarkan pada Manifest Destiny berlangsung dalam dua period yang berbeza, sehingga tahun 1867 dasar perluasan kuasa hanya mencakupi sehingga ke sempadan negara Mexico, Kanada dan pesisiran pantai Lautan Pasifik.

Period yang kedua bermula pada tahun 1867, apabila Presiden Amerika Syarikat dengan kelulusan Dewan Senat membeli wilayah Alaska yang bersempadanan dengan Kanada pada harga $ 7, 200 , 000 dari Tsar Russia[3]. Pulau Hawaii di Lautan Pasifik dikuasai sepenuhnya pada tahun 1898 ( menjadi wilayah ke 50 Amerika Syarikat pada tahun 1959)[4], sekali lagi Manifest Destiny dianggap sebagai kewajaran bagi Amerika Syarikat meluaskan wilayahnya.

Amerika Syarikat juga melibatkan diri dalam peperangan bagi melunaskan aspirasi Manifest Destiny, ini dapat dilihat dari kesan peperangannya dengan Sepanyol di pulau Cuba[5] yang menyaksikan Amerika Syarikat menguasai pulau tersebut pada tahun 1898 dan menguasai kepulauan Guam di Pasifik dan Puerto Rico di Amerika Tengah dan penyerahan Filiphina oleh kerajaan Sepanyol[6]. Pembukaan laluan kelautan ke Jepun pada tahun 1854 oleh Komander Matthew C. Perry yang membawa pada kemasukan kuasa Amerika Syarikat di China ( Dinasti Ching), seterusnya perluasan kuasa Amerika Syarikat di Filiphina di Asia Tenggara sehinggalah kekalahan Amerika Syarikat pada Jepun dalam Perang Dunia Kedua.

Amerika Syarikat seterusnya terbabit dalam Perang Dunia Pertama di Eropah, Perang Dunia Kedua di Afrika, Eropah dan di rantau Asia.  Era Perang Dingin menyaksikan Amerika Syarikat cuba mengekang perluasan pengaruh komunisme di Eropah dan terbabit dalam Perang Korea dan Perang Veitnam.  Pada tahun 1990an, Amerika terbabit dalam peperangan dengan Iraq di Asia Barat dan dalam era tahun 2001-2008, Amerika Syarikat terbabit dalam peperangan menentang keganasan di Afghanistan dan Iraq, disamping meluaskan pengaruh ke Poland, Uzbekistan, Ukraine dan negara-negara Asia Tengah dan pergunungan Kaukasus, menyaksikan Russia cuba mengekang kuasa Amerika Syarikat pada tahun 2008 di Georgia dengan campurtangan ketenteraan.

 

Manifest Destiny – Justifikasi

Secara dasarnya, Manifest Destiny merupakan satu dasar halatuju yang menyasarkan Amerika Syarikat sebagai sebuah negara dunia dan kuasa besar dunia yang berperanan utama dari abad ke 19 sehinggalah ke abad ke 21.

Manifest Destiny dapat dianggap sebagai sebuah ideologi dan pegangan yang membawa semangat juang pada rakyat Amerika Syarikat di dalam membentuk sebuah persekutuan yang gagah dan unggul sehingga ke zaman ini[7].  Falsafah yang terbentuk dalam Manifest Destiny adalah sebuah janaan dan hasrat sebuah gerakan yang berdaya maju dengan pemikiran yang menjana ke arah pembentukan dasar perluasan wilayah, pengaruh dan persempadanan yang melangkaui jangkaan Presiden Amerika Syarikat yang pertama, George Washington dan dari tarikh pengistiharan Amerika Syarikat pada 4 Julai 1776.

 

Semangat yang membentuk pada penyelarasan Manifest Destiny dipelopori oleh John Louis O’Sullivan ( 1813-1895), pada tahun 1839 beliau telah menulis sebuah rencana yang amat berkaitan dengan usaha ke arah Manifest Destiny atau perluasan kuasa dan wilayah Amerika Syarikat[8]. 

Antara intipati penulisan beliau pada tahun 1839 yang menjadi asas pada Manifest Destiny pada tahun 1845 adalah keperluan bagi Amerika Syarikat membuka sebuah lembaran baru bagi pensejarahan dunia moden, melepaskan diri dari cengkaman sistem politik konservatif, membebaskan diri dari sistem pemerintahan monarki, memisahkan diri dari zaman lampau yang suram, memacu kea rah perjuangan politik dimensi baru dan pembentukan Amerika Syarikat sebagai sebuah negara yang memimpin dunia.  O’ Sullivan juga mentakrifkan dasar kesamarataan dan keadilan sejagat sebagai dasar utama pertanggungjawaban bagi Amerika Syarikat dalam meluaskan pengaruh, disamping membentuk negara yang demokratik, adil dan saksama.  Beliau mengecam sistem pemerintahan monarki yang rigid, golongan aristokrat dan sistem pemerintahan feudalisme yang menindas rakyat bawahan, serta kekejaman, ketidakadilan dan pemerasan di kalangan pemerintah di benua Eropah.  Amerika Syarikat perlu memperjuangkan nilai suci keadilan sejagat, bersemangat kemanusiaan yang tinggi, menghancurkan kekejaman dan berusaha mempelopori keadilan sosial ke atas manusia secara kolektifnya atau secara individu.  Negara Amerika Syarikat perlu membebaskan dirinya dari pemerintahan yang membenarkan kekejamana, penyeksaan dan mengamalkan penindasan ketara oleh kaum bangsawan elitisme.  Amerika Syarikat adalah pejuang golongan patriotik yang mempertahankan hak asasi manusia, menentang pembentukan kerajaan monarki beraja dan menafikan hasrat pemerintahan yang memusnahkan seluruh kehidupan yang sama rata dari segi hak, keadilan dan kehidupan manusia. 

Amerika Syarikat tidak boleh sama sekali menyokong atau beriringan dengan dasar pemerintahan yang menindas rakyat, sebaliknya mengutamakan tindakan yang berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.

Manusia dan warganegara perlu mempunyai keinginan atau objektif yang jelas dan berjuang untuk berubah, demi pembangunan, kemajuan dan teknologi, semangat jitu inilah yang akan membentuk sebuah negara yang maju dan menafikan kuasa aristokrat dan mengenepikan sistem monarki beraja yang berbentuk feudalisme.

Keinginan Amerika Syarikat adalah membentuk sebuah negara moden yang maju, disamping mengekalkan dasar keagamaan ( agama Kristian) dengan nilai keimanan dan ritual agama yang tertinggi sekali, mempunyai kepercayaan kepada Tuhan yang membawa pada keadilan, kesamarataan dan keamanan sejagat.

Kebebasan hak asasi manusia, kebebasan bersuara, pembentukan pasaran bebas dan nilai-nilai keadilan sejagat perlu dibentuk dengan rapi agar menjadi katalis pada arah halatuju Amerika Syarikat yang dominant dalam usaha menjadi negara yang unggul.  O’ Sullivan dalam artikel akhir pada tahun 1839 menekankan pada kepercayaan kepada Tuhan akan membentuk nilai kemanusiaan yang tinggi, seterusnya membentuk sebuah negara yang bermoraliti.  Amerika Syarikat lahir dari kemusnahan sistem beraja dan raja-rajanya, kemusnahan sistem hierarki serta oligarki yang akan membawa pada keamanan dunia,  negara Amerika Syarikat akan menjadi sebuah negara yang terkemuka pada zaman akan datang ( selepas tahun 1839) dan tersohor sebagai negara yang membawa idea baru dalam dasar pemerintahannya yang menolak sistem feudalisme.[9]

 Pada tahun 1845, O’ Sullivan memperkenalkan buat pertama kalinya terma ‘Manifest Destiny’ dalam penulisannya di dalam akhbar Democratic Review[10], sebagai tanda sokongan pada ekspedisi ketenteraan Amerika Syarikat ke Texas dan merampas Texas dari kekuasaan tentera Mexico dalam peperangan yang berlanjutan dari bulan Julai sehingga Ogos 1845.

O’ Sullivan sekali lagi menyatakan kepentingan ‘Manifest Destiny’ dalam tulisannya di dalam akhbar The New York Morning News pada 27 Disember 1845,  jelasnya beliau menghuraikan kepentingan Manifest Destiny bagi Amerika Syarikat menguasai negeri/ wilayah Oregon[11] di pantai barat pesisiran lautan Pasifik untuk mengelakkan penguasaan kerajaan British yang tertakluk dengan kuasa pemerintahan beraja.  O’Sullivan memberikan peringatan agar sistem demokrasi perlu diserapkan ke dalam pemerintahan dan kuasa rakyat adalah yang paling utama dan kekerasan dengan penggunaan kuasa tentera sebaik-baiknya harus dielakkan dalam usaha memperluaskan kekuasaan. 

Pada 5 Januari 1846, O’ Sullivan menulis surat yang bertandatangan dan di dalamnya mengandungi kenyataan berkaitan Manifest Destiny untuk menyokong usaha menguasai wilayah Oregon ke akhbar The New York Morning News ( surat yang ditandatangan oleh O’ Sullivan, ini diiktiraf oleh sejarahwan Amerika Syarikat pada tahun 1927 sebagai warisan sejarah yang tulen).[12]

O’ Sullivan mengusulkan agar perpindahan penduduk Anglo-Saxon ke kawasan pantai barat benua Amerika Utara sebagai jalan penyelesaian ke arah memperolehi hak menguasai sesebuah wilayah.  Ini jelas menunjukkan satu kritikan pada negara-negara Eropah yang menggunakan kuasa ketenteraan dalam melakukan penjajahan, walaupun begitu dalam konteks Perang Mexico-Amerika Syarikat pada tahun 1846 tentera Amerika Syarikat terpaksa digunakan dalam menguasai Texas, seterusnya mengalahkan tentera Mexico dan menghasilkan satu perjanjian yang dinamakan sebagai, Perjanjian Guadalupe Hidalgo pada 2 Februari 1848.[13]  Perjanjian ini telah menguntungkan Amerika Syarikat, apabila mereka memperolehi wilayah California, Nevada, Utah, Colorado, Arizona, New Mexico dan Wyoming, persempadanan baru bagi Amerika Syarikat dan Mexico ditandakan di Sungai Rio Grande.

 Faktor-Faktor Menyokong Manifest Destiny

Penguasaan wilayah Oregon dari kuasa pemerintahan British pada tahun 1846, sehingga menghasilkan Perjanjian Oregon pada 15 Jun 1846[14] adalah kesan dari semangat Manifest Destiny.  O’ Sullivan berpendapat penguasaan ke atas Oregon adalah tanggungjawab yang diberi oleh Tuhan bagi penerapan pemerintahan bercorak demokrasi, berbanding sistem monarki beraja British yang sudah ketinggalan zaman.[15]  Wilayah Oregon yang menerima perpindahan penduduk warga Amerika Syarikat dengan pembukaan jalan utama Oregon dari pantai timur, menyebabkan ianya menjadi satu isu perpindahan penduduk yang menjadikan golongan Anglo-Saxon menjadi majoriti, alasan inilah yang mewajarkan pada pengambilalihan wilayah Oregon dari British yang kemudiannya terkenal dengan perlombongan emas ( gold rush).

Wilayah Texas dan Alta California merupakan wilayah yang berada di bawah kekuasaan kerajaan Mexico, kebanjiran penghijrah dari Amerika Syarikat dan kepentingan dalam membuka laluan ke Lautan Pasifik amat penting bagi ekonomi Amerika Syarikat.  Laluan perdagangan ke Jepun, China dan Asia Timur amat penting bagi Amerika Syarikat.  Amerika Syarikat tidak boleh bergantung selama-lamanya dengan British atau Perancis, serta negara-negara Eropah lain dari segi perdagangan antarabangsa yang menggunakan laluan kelautan ke Asia atau laluan darat ke Asia Barat.  Jalan pintas yang paling menguntungkan Amerika Syarikat adalah penggunaan Lautan Pasifik menuju ke negara China dan Asia, malahan pembelian wilayah Alaska pada tahun 1867 dari Russia dan Perjanjian Kanagawa pada 31 Mac 1854[16] dengan Jepun membuka laluan laut utama bagi Amerika Syarikat.  Kekalahan Mexico pada tahun 1848, menyaksikan wilayah California menjadi penting untuk perluasan kuasa ke Asia dan perdagangan kelautan ke Asia, seterusnya mengurangkan kebergantungan Amerika Syarikat dengan kuasa-kuasa perdagangan Eropah.

Implikasi dari pemerolehan wilayah Oregon dan wilayah-wilayah yang berada di bawah Mexico ( Texas, California, Wyoming, Colorado, Nevada, Utah, Arizona, New Mexico) sebelumnya, membuka sebuah laluan perdagangan ke Asia, kawasan pertanian yang luas, kawasan perlombongan ( emas, besi) dan kawasan pembalakan utama yang seterusnya, berjaya menjana kekayaan pada Amerika Syarikat.  Ini amat penting bagi negara republik yang mengamalkan demokrasi moden, agar ianya tidak terlalu bergantung dengan kuasa Eropah dan menjana kekayaan tersebut untuk merevolusikan dunia dengan dasar atau gaya pemerintahan yang liberal serta demokratik.

Amerika Syarikat juga bertindak sebagai kuasa pembaharuan dari segi idealistik pemerintahan yang moden, berbanding kaedah pemerintahan kuku besi yang diamalkan di Mexico, selain dari ketidakupayaan menyerapkan pemodenan teknologi pada pemerintahan yang bakal menyaksikan tertubuhnya negara bertamadun.  Amerika Syarikay menyahut seruan Manifest Destiny bagi menyebarkan pembaharuan dari segi pembangunan, teknologi, sains dan ideologi, disamping penyebaran fahaman mahzab Protestan yang lebih bebas dari ikatan gereja Katholik yang disifatkan memundurkan masyarakat beragama Kristian.[17]

Manifest Destiny juga dianggap sebagai keupayaan bagi bangsa terpilih, iaitu golongan Anglo-Saxon yang dianggap lebih mulia dan tinggi dari segi keupayaan akal fikiran intelek.  Teori Darwin digunakan sebagai alasan bagi kalangan Anglo-Saxon menguasai wilayah yang didiami oleh orang Red Indian dan Mexico di pantai barat.

Ini diperkuatkan lagi dengan teori ‘The White Man Burden’[18] yang dengan jelas menyifatkan, tanggungjawab bagi golongan Anglo-Saxon untuk mendominasi dan mendidik golongan Red Indian dan Mexico agar berubah menjadi bangsa yang lebih bertamadun.  Falsafah ‘The White Man Burden’ juga dibawa pada usaha Amerika Syarikat menguasai pulau Hawaii, Filiphina dan kepulauan Guam di Pasifik.

 

Penubuhan negara Amerika Syarikat dengan 13 buah negeri kesatuan di pantai timur menyaksikan ledakan imigrasi penduduk dari Eropah.  Para penduduk Amerika Syarikat yang miskin dan imigran yang tidak berharta ini, memerlukan tanah dan aset untuk meneruskan kehidupan.

Bagi para peniaga, pekilang, pengusaha dan golongan hartawan, mereka memerlukan pasaran untuk memasarkan barangan atau perkhidmatan.  Perpindahan penduduk Anglo-Saxon akan memberikan keuntungan pada dua pihak yang berlawanan darjat, golongan miskin akan memperolehi tanah atau pekerjaan, manakala golongan pengusaha atau hartawan dapat memasarkan barangan dan perkhidmatan pada penduduk miskin yang akan membuka tanah perladangan.  Manifest Destiny dianggap satu wadah yang amat penting , bagi kewajaran untuk kedua-dua belah pihak memperolehi keuntungan yang bermanfaat.  Pihak kerajaan yang berpusat di Washinton pula akan memperolehi keuntungan dari segi percukaian dan memakmurkan negara Amerika Syarikat.  Perkembangan dan perluasan wilayah adalah sesuatu yang amat penting bagi Amerika Syarikat dalam peringkat masa dari tahun 1845 sehingga 1900, setelah berjaya memperolehi kemerdekaan dan menghalau British sebagai penjajah yang menindas anak-anak jajahan.

“Dari segi jumlah penduduk, dianggarkan sebanyak 5 juta penduduk Amerika Syarikat dalam sekitar tahun 1800 dan meningkat pada jumlah 25 juta orang dalam pertengahan abad ke 19 ( 1850an).  Pertambahan penduduk disumbangkan oleh jumlah kelahiran yang tinggi dan imigrasi penduduk Eropah ke Amerika Syarikat.  Manifest Destiny adalah jalan penyelesaian yang memudahkan takrif bagi kuasa pemerintahan Amerika Syarikat untuk meluaskan kawasan tanahnya, jelas sebagai menafikan usaha untuk menjajah atau menakluk kawasan baru dan Manifest Destiny dianggap kewajaran untuk memaafkan tindakan golongan Anglo-Saxon menguasai wilayah-wilayah dalam negara Mexico.

Anggaran sebanyak 4 juta ( 4,000,000 orang) orang berpindah dari pantai timur Amerika Syarikat ke pantai barat benua Amerika Syarikat dari tahun 1820 sehingga tahun 1850”.[19]

Kemelesatan ekonomi pada tahun 1818 dan pada tahun 1850, menjadi punca utama menyebabkan perpindahan penduduk berlaku, tekanan kemelesetan ekonomi dan kehidupan yang kesempitan dari segi kewangan di bandar-bandar utama di pantai timur, menyebabkan perpindahan penduduk berlaku. Kawasan-kawasan yang berlaku perpindahan penduduk di pantai barat tidak memerlukan kawangan yang besar untuk dimiliki, ini menyebabkan tekanan untuk berpindah semakin mendesak dan kerajaan Amerika Syarikat melihat situasi ini akan memberikan keuntungan jangka panjang pada tahun-tahun yang mendatang di benua Amerika Syarikat.[20]

 

Kerajaan Amerika Syarikat juga bimbang dengan perluasan kuasa kerajaan British di British North Amerika ( sekarang Kanada) di utara dan berkemungkinan akan menguasai wilayah Oregon dan kawasan Praire yang subur di tengah benua Amerika Utara.  Serangan ke atas wilayah Florida pula dilakukan bagi mengekang penguasaan kerajaan Sepanyol dan berakhir dengan Perjanjian Onis-Adam pada tahun 1819[21] yang menghasilkan keputusan untuk menyerahkan wilayah Florida pada Amerika Syarikat.  Perpindahan penduduk dan tekanan perniagaan menyebabkan Amerika Syarikat menyerang puak asli Seminole yang bermula dari tahun 1835 sehingga tahun 1865 ( penduduk asli Seminole dipindahkan ke Mississippi dan imigran Anglo-Saxon merampas tanah dan mengusahakan penanaman kapas) yang menyaksikan kekalahan puak asli Seminole di Florida.  Selaras dengan Doktrin Monroe pada tahun 1822[22], Amerika Syarikat perlu mengelakkan sedaya upayanya agar tiada sebarang kuasa luar, terutamanya dari Eropah untuk menguasai sebahagian wilayah di Amerika Syarikat. Manifest Destiny dianggap penting dalam memperjuangkan kebebasan Amerika Syarikat dari terkepung dengan kuasa-kuasa penjajahan Eropah di benua Amerika.  Amerika Syarikat perlu menafikan kewujudan sebarang kuasa asing yang bakal melemahkan negara demokratik liberal yang baru ditubuhkan, mencegah unsur-unsur pemerintahan monarki beraja atau kerajaan oligarki.

 

Manifest Destiny dikaitkan dengan ajaran agama Kristian untuk menghalalkan tindakan peperangan dan perluasan kuasa ke wilayah Florida, Texas dan Alta California dan termasuklah menyerang Mexico City yang menyaksikan Jeneral Santa Anna menyerah kalah pada tahun 1848.  Takdir ketentuan oleh Tuhan dinyatakan sebagai alasan utama dalam Manifest Destiny bagi meluaskan kuasa Amerika Syarikat, ini sebagai alasan yang menasabah untuk menafikan kekejaman dan penjajahan bentuk baru oleh Amerika Syarikat dalam era tahun 1840an sehingga tahun 1900an.  Amerika Syarikat sedaya upaya cuba mengalihkan perhatian agar tidak disamakan sebagai penjajah yang kejam dengan alasan keagamaan dinyatakan sebagai objektif utama perluasan kuasa.  Penyebaran mahzab Protestan dianggap sebagai menafikan golongan gereja di Vatican dan paderi-paderi yang mendominasikan kehidupan di Mexico yang bermahzab Katholik. Kewajaran bagi pembebasan dari belenggu mahzab Katholik yang dianggap punca kemunduran manusia yang merdeka, digunakan sebagai alasan utama mengwajarkan Manifest Destiny.

 

Pembukaan jalan-jalan wagon ( kereta kuda) adalah salah satu punca berlakunya penghijrahan dan Manifest Destiny digunakan sebagai alasan yang relevan untuk perluasan wilayah Amerika Syarikat.

Jalan dari Santa Fe ke Los Angeles ( California) yang berada di bawah Mexico ketika itu telah dibuka dan laluan perniagaan ke Asia terbuka luas, jalan utama dari Missourri ke Alta California juga merupakan laluan penting ke pantai barat dari negeri-negeri selatan Amerika Syarikat, ini ditambah lagi dengan jalan utama dari utara Amerika Syarikat ke wilayah Oregon dan British Columbia yang sekali lagi membuka jalan ke Lautan Pasifik.  Perjalanan pertama wagon ( first wagon) pada tahun 1831[23] dari Amerika Syarikat ke pantai timur benua Amerika Utara adalah landasan utama perluasan kuasa Amerika Syarikat dan kebimbangan penguasaan penjajah asing ( Eropah) atau pengisytiharan kemerdekaan oleh para penghijrah di wilayah Oregon atau lain-lain wilayah di pantai barat, menyebabkan Manifest Destiny mempunyai kewajaran untuk dipraktikkan.

Secara amnya Manifest Destiny dapat dibahagikan pada tiga bahagian asas utama, sebagaimana pendapat oleh ahli sejarahwan bernama Beshoy Shaker, tiga bahagian asas utama tersebut adalah “ the virtue of the American people and their institutions; the mission to spread these institutions, thereby redeeming and remaking the world in the image of the U.S.; and the destiny under God to accomplish this work”[24].  Inilah yang menjadi alasan utama bagi konsep perluasan wilayah dan menjadi kewajaran untuk Manifest Destiny digunakan sepenuhnya bagi dasar luar Amerika Syarikat yang berkaitan dengan penubuhan sebuah negara yang kukuh.  Penubuhan sebuah negara yang akan menggerakkan teknologi dan kemajuan dunia dan menghasilkan sebuah pemerintahan yang adil dan saksama.

Kenyataan Akhir ; Manifest Destiny- Amerika Syarikat

Manifest Destiny menyumbangkan perluasan wilayah Amerika Syarikat dari Florida sehinggalah ke Filiphina di Asia. Dasar inilah juga yang menyebabkan Amerika Syarikat berjaya mengelakkan British dari menguasai pantai timur benua Amerika Utara yang membuka laluan ke Asia, khususnya jalan perdagangan ke China. Manifest Destiny juga menyebabkan sebuah kerajaan republik dapat mengatasi penjajahan kerajaan beraja monarki dari England, Perancis dan Sepanyol mendominasi benua Amerika Utara.  Kerajaaan Mexico yang mengamalkan pemerintahan yang menindas juga dapat diatasi oleh Amerika Syarikat, malahan pengaruh mahzab Khatolik juga dapat di atasi dengan pembaharuan mahzab Protestan yang membebaskan penganut agama Kristian dengan ajaran konservatif.  John L. O’ Sullivan pada tahun 1839 dan 1845 telah merintis sebuah jalan  yang dinamakan sebagai Manifest Destiny yang membawa pada perubahan minda bagi rakyat Amerika Syarikat dan kepimpinan politik Parti Demokrat dan Parti Republikan yang menguasai Dewan Senat Amerika Syarikat. Sejarah Amerika Syarikat terhasil dengan keupayaan para pemimpinnya yang dapat mentafsirkan dan mengaplikasikan Manifest Destiny dalam landasan yang memartabatkan Amerika Syarikat di persada dunia.

 

 

BIBLIOGRAFI

Blum, Schlesinger, Jr. et al. The National Experience: A History Of The United States. 6th ed. New York: Harcourt Brace Hovanovich, 1985.

Brinkley, Alan. American History, A Survey Volume I. 9th ed. New York: McGraw-Hill, 1995.

Brinkley, Alan. American History, A Survey Volume 2. 9th ed. New York: McGraw-Hill, 1995.

Campbell, A.E., Expansion and Imperialism, Harper & Row Publishers: New York, 1970.

Cole, Wayne S., An Interpretive History of American Foreign Relations, The Dorsey Press, Homewood, Illionis, 1968.

Goldwin, Robert A., (ed.) Readings in American Foreign Pollicy, Oxford University Press, London, 1971.Gould, Lewis L. The Presidency of William McKinley . Regents Press of Kansas,Kansas,1980.

Haynes, Sam W. and Christopher Morris, eds. Manifest Destiny and Empire: American Antebellum Expansionism. College Station, Texas: Texas A&M University Press, 1997

Howard Zinn, A people’s history of the United States. 1492 – present, HarperCollins Publishers, New York,2005.

Kiernan, V.G., America: The New Imperialisme : From White Settlement to World Hegemony, Zed Press, London, 1978.

McDougall, Walter A. Promised Land, Crusader State: The American Encounter with the World Since 1776. New York: Houghton Mifflin, 1997.

Merk, Frederick. Manifest Destiny and Mission in American History: A Reinterpretation. New York, Knopf, 1963.

Ritchie, Donald A., Heritage of Freedom: History of The United States., New York: MacMillan Publishing Company, 1985.

Sampson, Robert D. John L. O’Sullivan and His Times. Kent, Ohio: Kent State University Press, 2003.

Stuart, Reginald C. United States Expansionism and British North America, 1775–1871. Chapel Hill, N.C.: University of North Carolina Press, 1988.

Tuveson, Ernest Lee. Redeemer Nation: The Idea of America’s Millennial Role. Chicago: University of Chicago Press, 1968.

Weinberg, Albert K. Manifest Destiny: A Study of Nationalist Expansionism in American History. Baltimore: Johns Hopkins, 1935.

Weeks, William Earl. Building the Continental Empire: American Expansion from the Revolution to the Civil War. Chicago: Ivan R. Dee, 1996.

 Ryser, Rudolph C. A Publication of the Center for World Indigenous Studies. The Internet., June 1992

http://en.wikipedia.org/wiki/Manifest_Destiny

www.pbs.org/kera/usmexicanwar/prelude/manifest_destiny_overview.html

www.let.rug.nl/usa/E/manifest/manifxx.htm

www.wisegeek.com/what-is-manifestdestiny.htm

www.mtholyoke.edu/acad/intrel/osulliva.htm

www.civics-online.org/library/formatted/texts/manifest_destiny.htm

www.britannica.com/EBchecked/topic/362216/ManifestDestiny

www.pbs.org/kera/usmexicanwar/prelude/md_introduction.html

[1] Howard Zinn, A people’s history of the United States. 1492 – present, HarperCollins Publishers, New York,2005, hlm. 151.

[6] “Treaty of Peace Between the United States and Spain”. The Avalon Project at the Yale Law School. Yale Law School, Lillian Goldman Law Library.

December 10,1898:http://www.yale.edu/lawweb/avalon/diplomacy/spain/sp1898.htm. 

[9] http://www.mtholyoke.edu/acad/intrel/osulliva.htm. Excerpted from”The Great Nation of Futurity,” The United Sates Democratic Review, Volume 6, Issue 23, page 426-430. The complete article can be found in “The Making of America Series at Cornell University”.

[10] Howard Zinn, A people’s history of the United States. 1492 – present, HarperCollins Publishers, New York,2005, hlm. 151.

[11] McCrisken, Trevor B., Exceptionalism: Manifest Destiny (accessed 200805-20), in Encyclopedia of American Foreign Policy, Vol. 2, p. 68. Charles Scribner’s Sons, New York (2002). ISBN 0684806576. http://freebooksource.com/?p=7741

[12] Sampson, Robert D. John L. O’Sullivan and His Times. Kent, Ohio: Kent State University Press, 2003.

 

[14] officially titled the Treaty between Her Majesty and the United States of America, for the Settlement of the Oregon Boundary and styled in the United States as the Treaty with Great Britain, in Regard to Limits Westward of the Rocky Mountains, and also known as the Buchanan-Pakenham (or Packenham) Treaty or (sharing the name with several other unrelated treaties) the Treaty of Washington, http://en.wikipedia.org/wiki/Oregon_Treaty

[15] Weinberg, Albert K. Manifest Destiny: A Study of Nationalist Expansionism in American History. Baltimore: Johns Hopkins, 1935, hlm. 145.

[17] Gould, Lewis L. The Presidency of William McKinley . Regents Press of Kansas,Kansas,1980, hlm. 140-142.

[21] formally titled the Treaty of Amity, Settlement, and Limits Between the United States of America and His Catholic Majesty, sometimes the Florida Purchase Treaty, http://en.wikipedia.org/wiki/Adams-On%C3%ADs_Treaty

 

[24] Weeks, William Earl. Building the Continental Empire: American Expansion from the Revolution to the Civil War. Chicago: Ivan R. Dee, 1996, hlm. 18-19. http://en.wikipedia.org/wiki/Manifest_Destiny#cite_note-17


Leave a comment

Filed under Uncategorized

My Answer to Rahimah M.Nor: 2nd year student, University Malaya [ People’s Republic of China vs Republic China, Taiwan and United States of America]

Taiwan merupakan negara ‘Republik’ yang lahir dari perpecahan pemerintahan di antara dua fahaman/ ideologi. Pada tahun 2005, jumlah keseluruhan penduduk di Taiwan dalam anggaran 22, 900,000. Populasi suku Hokkein mendahului jumlah penduduk berketurunan Han, iaitu sebanyak 70% dan suku Hakka sebanyak 15%.

Penduduk tempatan Taiwan sebanyak 12%, terdiri dari penduduk asli yang kebanyakan tinggal di kawasan pergunungan tanah tinggi. Mereka terdiri dari suku Bunun,Ami, Atayal, Paiwan, Rukai, Sakizaya, Truku, Kavalan, Thao, Tao, Saisiyat, Tsou dan Puyuma[1].

 

Republik Taiwan

 Republik Taiwan muncul selepas ‘Perang Saudara di China / Chinese Civil War’ di antara Parti Kuomintang yang membawa aliran nasionalisme China dan Parti Komunis China yang membawa aliran sosialisme-komunisme ( Marxisme –tokoh intelektual Yahudi bernama Karl Marx memperkenalkan sistem ekonomi Marxisme).

 

Kekalahan golongan nasionalis pada tahun akhir tahun 1949, membawa pada penghijrahan beramai-ramai golongan nasionalis dari Parti Kuomintang ke pulau Taiwan.

 

Sebenarnya , pertempuran golongan nasionalis dan komunis bermula, sejak tahun 1927 lagi di China di antara Chinese Nationalist Party ( Kuomintang) dengan Chinese Communist Party ( CCP).

 

Perlu difahami, gerakan Parti Kuomintang didokong oleh pihak Barat ( Amerika Syarikat, British) yang menentang pelebaran pengaruh fahaman Marxisme-Lenin ‘isme’ yang didokong oleh Kesatuan Soveit ( Soveit Union), Soveit yang berada di bawah pemerintahan Stalin, menyokong gerakan Parti Komunis China, sehinggalah komunis berjaya menguasai China pada tahun 1949[2].

 

Serangan dan penaklukan tentera Imperial Jepun dalam Perang Dunia Kedua ( 1937-1945), menyebabkan kedua-dua pihak berbalah, bersatu dalam keingkaran buat sementara waktu, sehingga Jepun menyerah kalah pada pihak Berikat pada tahun 1945.

 

Apabila tentera Jepun meninggalkan China pada tahun 1945, Parti Kuomintang dan Parti Komunis China sekali lagi bertempur dalam perang saudara, selama empat tahun sehingga tahun 1949 yang menyaksikan kekalahan tentera Parti Kuomintang.

Perang saudara ini , walaupun tamat pada tahun 1949, namun ianya tidak mempunyai sebarang perjanjian bagi tamatnya perang ini ,“To this day, as no armistice or peace treaty has ever been signed, there are controversies as to whether the Civil War has legally ended”[3] 

 

Perbalahan- Kuasa Dominan – Ideologi :Republik Rakyat China ( Komunisme) vs Republik China, Taiwan ( Nasionalisme)

 

Dalam pengkajian sejarah dan pensejarahan, aspek utama yang perlu dikaji dalam menilai kesan lahir sesuatu peristiwa perlu dikaji. Adalah tidak munasabah, sebarang gerakan muncul secara tiba-tiba dan pembentukan sesebuah negara, mestilah didorong dengan aliran pemikiran, ideologi, wasilah dan iktikad yang akan menjadi kuasa pendorong yang kuat dalam proses menolak pada peristiwa bersejarah atau sejarah.

 

Sejarah awal;

Pemerintahan Dinasti Ching yang kejam oleh Maharani Dowager menjadi katalis pada pemberontakan bangsa China sejati, bangsa sejati China dipanggil orang-orang Han yang mengandungi suku Hokkein, Kantonis, Hakka, Hainan, Yunnan, Foochow dan lain-lain etnik China.

 

Dinasti Ching berasal dari Manchuria, mereka dipanggil sebagai orang-orang Manchu dan keturunan mereka bersalur galur dengan bangsa Monggolia, inilah punca utama bangsa Han tidak dapat menerima Dinasti Ching, apatah lagi mereka dipaksa menerima budaya Manchu, seperti membotakkan separuh kepala dan menyimpan rambut bertocang, sedangkan budaya orang-orang Han sejati adalah berambut panjang.

Dinasti Ching sangat tidak popular di kalangan bangsa Han, ini menyebabkan gerakan menjatuhkan Dinasti Ching yang berpusat di Peking dimulakan oleh golongan nasionalisme China dan para pemimpin perang di China.

 

Dinasti Ching tumbang pada tahun 1911[4], maka berakhirlah penguasaan orang-orang Monggol dari Manchuria di tanah besar China dan dirayakan dengan meriah sekali oleh orang-orang China ( Han).

 …………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Negara China diperintah oleh Parti Kuomintang di bawah Presiden Sun Yat Sen bermula dari tahun 1911 di bawah sistem Republik yang mempunyai ‘Presiden’ sebagai ketua negara.

Presiden Sun Yat Sen menghadapi masalah utama dengan para pemimpin perang dan panglima wilayah yang memberontak dan menubuhkan pemerintahan sendiri, di beberapa wilayah di utara China.

 

Kesilapan Sun Yat Sen Yang Terbesar dan Kesilapan Amerika Syarikat Yang Terbesar

 

Beliau memohon bantuan dari pihak Barat ( negara Eropah, Amerika Syarikat, British), namun negara Barat telah menolak tawaran untuk membantu Republik China menetang golongan pemberontak di utara China ( tindakan yang akan disesali oleh para pemimpin Amerika Syarikat di zaman selepas Perang Dunia Kedua!!).

 

Soveit Union yang sememangnya ingin melebarkan pengaruh komunisme di Asia telah menjalinkan perhubungan dengan Republik China pada tahun 1921. Presiden Sun Yat Sen, tidak mengetahui motif sebenar pihak Soveit Union yang ingin menubuhkan Parti Komunis di China  dan negara komunis di China.

Parti Komunis China tertubuh dengan usaha aktif ,Moa Ze Dong ( suku Hakka) dan gerakan Comintern sedunia di Republik China. Pada tahun 1923, wakil Soveit Union bernama Adolph Joffe telah memperolehi bantuan Soveit dalam usaha penyatuan golongan Parti Kuomintang dan Parti Komunis China, ini dapat dilihat dari kenyataan berikut;In 1923, a joint statement by Sun and Soviet representative Adolph Joffe in Shanghai pledged Soviet assistance for China’s unification”[5].

 

Deklarasi Sun-Joffe atau Manifesto Sun-Joffe telah dipersetujui, bagi penyatuan gerakan di antara pertubuhan komunis sedunia ( Comintern), Parti Komunis China dan Parti Kuomintang, persetujuan ini dirasmikan dengan kedatangan wakil Comintern ke China pada tahun 1923 bernama Mikhail Borodin.

 

Presiden Sun Yat Sen gagal membaca penyusupan agenda komunisme dan rancangan untuk menumbangkan kerajaan Republik China yang dipimpin oleh golongan nasionalis di bawah Parti Kuomintang.

Penolakan bantuan dari Barat pada tahun 1911, dapat difahami dengan gerakan ketenteraan di Eropah oleh tentera Jerman, sehingga tercetusnya Perang Dunia Pertama, kemelesetan ekonomi, kesibukan penjajah Eropah dengan meletusnya peperangan di tanah jajahan masing-masing dan Amerika Syarikat dengan gerakan ‘Manisfest Destiny’.

 

Presiden Sun Yat Sen mengirimkan ( bakal pemimpin Parti Kuomintang) Chiang Kai Shek untuk mempelajari pengetahuan kententeraan dan sistem politik ( lebih pada politik komunisme) di Moscow[6].

Penubuhan ‘Akademi Ketenteraan Whampoa’ pada tahun 1924 oleh Chiang Kai Shek dengan bantuan Soveit Union, menjadi katalis pada gerakan komunisme untuk bertunjang subur di Republik China tanpa pengetahuan Presiden Sun Yat Sen. The Soviets provided much of the studying material, organization, and equipment including munitions for the academy”[7].

 

Kematian Presiden Sun Yat Sen pada tahun 1925 dan digantikan dengan Presiden Chiang Kai Shek, mengwujudkan krisis dengan golongan komunis di China. Presiden Republik China yang baru, Chiang Kai Shek menghadapi masalah dengan golongan kiri dan komunis di dalam Parti Kuomintang, malahan dalam tahun 1926, terdapat cubaan bagi menggulingkan beliau sebagai pemimpin China.

 

Pada tahun 1927, perbalahan di dalam Parti Kuomintang dengan golongan komunis bertambah luas, Moa Ze Dong sebagai pemimpin Parti Komunis China memulakan tindakan, bagi gerakan menjauhkan diri dengan Parti Kuomintang.

 

Pada 12 April 1927, Presiden Chiang Kai Shek telah memulakan tindakan menahan para pemimpin Parti Komunis China, “The incident purged the KMT leftists by arresting and executing hundreds of CPC members”[8].

Tindakan agresif oleh Parti Kuomintang pada 12 April 1927, mencetuskan perbalahan yang amat mendalam, ini diakibatkan penangkapan dan pembunuhan beberapa pemimpin dan penyokong Parti Komunis China, “The incident was called April 12 Incident or Shanghai Massacre by the CPC”[9].

Attempts were made by CPC to take cities such as Nanchang, Changsha, Shantou, and Guangzhou. An armed rural insurrection, known as the Autumn Harvest Uprising was staged by peasants, minors and CPC members in Hunan Province led by Mao Ze Dong[10]. Inilah asas pada peperangan saudara di China dan penubuhan dua buah negara yang berbeza ideologi di abad ke 20, selepas Perang Dunia Kedua pada tahun 1945 [ tahun 1949, penubuhan Republik Rakyat China ( komunisme) dan Republik China di Taiwan ( nasionalisme)].

 

1926 – 1937 ( peperangan ketenteraan di antara Parti Kuomintang vs Parti Komunis China)

 

Secara dasarnya, kita perlu mengetahui mengapa rakyat massa memberikan sokongan penuh pada Parti Komunis China, bukannya Parti Kuomintang yang memperjuangkan dasar nasionalisme.

Ini berpunca dari pemerintahan elitis yang meminggirkan golongan rakyat bawahan dan situasi kemiskinan di kalangan rakyat, wakil pemerintah dari Parti Kuomintang memerintah sesuatu wilayah secara ketenteraan, malahan dapat diandaikan Parti Kuomintang melakukan pemerintahan secara otokratik militari dan menindas rakyat bawahan.

Peluang inilah yang digunakan oleh Parti Komunis China bagi memperolehi sokongan rakyat, sehinggalah berlaku gerakan ketenteraan komunis oleh Parti Komunis China dari tahun 1926 sehingga tahun 1937 ( The Long March , 1926 – 1937).

Pemberontakan yang didalangi oleh Parti Komunis China disokong oleh rakyat massa di China dari wilayah selatan China ( Yunnan), bermula dari tarikh 1 Ogos 1927, melibatkan golongan petani dan wilayah Guangzhou berjaya dikuasai oleh golongan komunis.

Presiden Chiang Kai Shek telah menjalankan opresi ketenteraan sehingga mengakibatkan perpindahan beramai-ramai golongan komunis ke selatan China ( The Long March) sejauh 12, 500 km[11].

Moa Ze Dong menjadi pemimpin utama dalam ‘The Long March’ dan berjaya menguatkan sokongan masyarakat massa di China pada Parti Komunis China sehinggalah serangan tentera Imperial Jepun pada 7 Julai 1937.

 

1937- serangan tentera Imperial Jepun menakluk Republik China- Perang Dunia Kedua

 

Serangan tentera Imperial Jepun dan menakluk China pada tahun 1937, membawa pada penubuhan kerajaan komunis di China secara diam dan perlahan-lahan . Ini disebabkan Parti Kuomintang terpaksa berkerjasama dengan Parti Komunis China yang menyusupkan idealisme komunis, di kalangan rakyat China.  Kematian beribu-ribuan nyawa ( malah jutaan), tentera Republik China dari Parti Kuomintang dalam menentang tentera Imperial Jepun, jelas melemahkan Parti Kuomintang dan golongan nasionalis di China[12].

 

Pasca Selepas Perang Dunia Kedua ( 1945 – 1949)

 

Pada tahun 1945, tentera Imperial Jepun menyerah kalah selepas Maharaja Hirohito mengumumkan kekalahan Jepun secara rasminya dan ini menyebabkan negara China bebas dari penaklukan Jepun.

Parti Kuomintang di bawah Chiang Kai Shek mengadakan pertemuan dengan Moa Ze Dong ( Parti Komunis China), bagi menjamin kedamaian di China selepas tamat Perang Dunia Kedua, walaupun begitu perbalahan ketenteraan di peringkat bawahan tidak dapat dielakkan, seperti pertempuran di wilayah-wilayah yang dikuasai oleh Parti Komunis China dan Parti Kuomintang.

 

Penguasaan tentera Soveit Union di Manchuria dan Monggolia menambah perit Parti Kuomintang, bantuan Amerika Syarikat untuk pertama kalinya, diperolehi dengan bantuan pengangkutan udara bagi membawa tentera Republik China menawan semula bahagian utara China yang bersempadanan dengan Manchuria dan Monggolia pad tahun 1945.

 

Pertempuran Semula Parti Komunis China vs Parti Kuomintang pada 26 Jun 1946

 

Pada tarikh 26 Jun 1946 adalah permulaan campurtangan Amerika Syarikat di China, Amerika Syarikat menyokong tentera Parti Kuomintang bagi menentang Parti Komunis China. Sebaliknya, Soveit Union pula menyokong Parti Komunis China bagi menumbangkan kerajaan republik nasionalis di China.

 

“The United States assisted the KMT with hundreds of millions of dollars worth of new surplus military supplies and generous loans of hundreds of millions of dollars worth of military equipment”[13], sumbangan ini bertujuan mengekang pengaruh Soveit Union di China dan Asia khususnya ( Teori Domino).

Tentera Marine U.S ( US Marine), seramai hampir 50,000 orang telah ditempatkan di pelabuhan utama di China dan Presiden Amerika Syarikat ketika itu ( 1945), Harry S. Truman menyatakan dalam tulisannya “It was perfectly clear to us that if we told the Japanese to lay down their arms immediately and march to the seaboard, the entire country would be taken over by the Communists. We therefore had to take the unusual step of using the enemy as a garrison until we could airlift Chinese National troops to South China and send Marines to guard the seaports”[14].

 

Sebenarnya, pembelotan tentera Parti Kuomintang yang menyokong Parti Komunis China adalah sebab utama pada kekalahan golongan nasionalisme di China,”large numbers of well trained KMT troops joined the communist force that the CPC were finally able to master the hardware”[15].

Sokongan dari golongan komunis di Korea, menyebabkan tunjang kekuatan Parti Komunis China bertambah kuat, maka Moa Ze Dong melancarkan agresi ketenteraan yang aktif menentang Presiden Chiang Kai Shek dari Parti Kuomintang yang semakin lemah.

 

Tentara Parti Komunis China menawan Yunnan pada bulan Mac 1947, dan Shenyang pada tahun 1948[16], perlu diingat bahawa Chiang Kai Shek melakukan satu kesilapan besar, bila beliau bekerjasama dengan panglima perang wilayah utara yang menindas golongan petani serta menyokong kezaliman tentera Jepun. Golongan yang tertindas dan para petani miskin di China mengubah haluan menyokong Parti Komunis China yang dianggap ‘wira’ dalam menentang tentera Imperial Jepun.  Parti Kuomintang sekali lagi kehilangan sokongan massa dan rakyat bawahan, inilah asas yang menyebabkab kekalahan total Parti Kuomintang di China.

 

Tentera Parti Komunis China berjaya menawan Luoyang pada tahun 1948 dan Shandong pada tahun 1948[17], kempen peperangan Huaihai di antara tahun 1948 – 1949 membawa kejayaan besar pada Parti Komunis China dalam menguasai wilayah timur China, bagi kempen peperangan Beiping-Tianjin selama enam puluh empat hari, Parti Komunis China berjaya menghalau tentera Parti Kuomintang dari kawasan Tianjin pada 31 Januari 1949.

 

Tentera Parti Kuomintang mengalami kekalahan dalam menguasai Republik China, apabila tentera Parti Komunis China ( People’s Liberation Army) pada 21 April 1949, berjaya menakluki ibu negara Republik China, iaitu Nanjing.

 

Penubuhan Republik Rakyat China dan Republik China ( Taiwan) pada tahun 1949

 

Mao Ze Dong, selaku pemimpin Parti Komunis China menubuhkan kerajaan komunis di China pada 1 Oktober 1949 ( tahun ini menandakan 60 tahun pemerintahan komunis di China), negara China dikenali sebagai Republik Rakyat China ( People’s  Republic of China).

 

Chiang Kai Shek yang melarikan diri dari Nanjing dengan bantuan Amerika Syarikat, berundur dengan sejumlah hampir dua juta ( 2 juta orang) pengikutnya ke pulau Taiwan ( Farmosa). Beliau menubuhkan kerajaan republik di Taiwan, dengan pengisytiharan sebagai negara Republik China ( Republic of China) di bandar Taipei, pada Disember 1949.

 

Republik Rakyat China mengamalkan dasar satu parti , Parti Komunis China dan Republik China, Taiwan pada zaman awalnya juga mengamalkan dasar satu parti, Parti Kuomintang.

 

Krisis Republik Rakyat China ( Komunis) dengan Republik China, Taiwan  di antara tahun 1950 – 2009

 

Krisis ini melibatkan kedua-dua buah negara dengan campurtangan Amerika Syarikat. Amerika Syarikat cuba membendung pengaruh Soveit Union, disamping pengaruh komunis dari merebak ke Asia.

 Taiwan disokong oleh Amerika Syarikat, sebagai sebuah negara yang menjadi mata dan telinganya dalam perhubungan ‘Sino-Amerika’ di Asia Timur. Amerika Syarikat perlu menjaga wilayah kelautan Lautan Pasifik, Selat Melaka, Laut China Selatan, Lautan Hindi dan wilayah Australia, agar tidak ditakluki oleh golongan pro komunismes.

Amerika Syarikat jesteru, memberikan bantuan ekonomi dan ketenteraan pada Taiwan dalam menghalang pengaruh Soveit Union di Asia Timur.

 

Perang Korea yang meletus pada tahun 1950, menyebabkan Amerika Syarikat mengambil peranan untuk menyokong Taiwan, jelas dari tindakan komunis di Semenanjung Korea yang menakluk Seoul, menyebabkan Amerika Syarikat turut bimbang, Taiwan akan mengalami nasib yang sama.

 

Perjanjian pertama di antara Amerika Syarikat dan Taiwan, diadakan pada 2 Disember 1954, ianya dinamakan sebagai ‘Sino-American Mutual Defense Treaty’. Perjanjian ini secara rasminya bermula pada 3 Mac 1955 dengan bantuan Amerika Syarikat di Taiwan, terutamanya dalam mengelakkan serangan tentera Republik Rakyat China ke atas Taiwan. Perjanjian ini berakhir pada 1 Januari 1980, apabila Amerika Syarikat memulakan hubungan diplomatik secara rasminya dengan Republik Rakyat China ( komunis) pada 1 Januari 1979 di zaman pentadbiran Presiden Jimmy Carter.

Bagi menggantikan Perjanjian Sino-Amerika, ‘Sino-American Mutual Defense Treaty’ yang berakhir pada tahun 1 Januari 1980, Kongres Amerika Syarikat bersetuju dalam persidangan Kongres ( sistem parlimen di negara Malaysia) pada tahun 1979, bagi dasar undang-undang dan peraturan melindungi Taiwan yang dinamakan sebagaiThe Taiwan Relation Act’.” The act provides for Taiwan to be treated under U.S. laws the same as “foreign countries, nations, states, governments, or similar entities”. The act provides that for most practical purposes of the U.S. government, the absence of diplomatic relations and recognition will have no effect”[18].

Jelasnya, selepas perjanjian ‘ Sino-American Mutual Defence Treaty’ dari tahun 1954 berakhir pada tahun 1980, Amerika Syarikat telah menggantikan dengan satu undang-undang dan Akta yang diluluskan oleh Kongres,  iaitu ; ‘ The Taiwan Relation Acts’.

Ini menunjukkan perhubungan istimewa di antara Taiwan dan Amerika Syarikat, menjadikan Taiwan sebagai pengkalan jadapan Amerika Syarikat dalam menghadapi negara komunis China.

Walaupun begitu, perubahan perjanjian pada tahun 1980, dapat difahami sebagai usaha Amerika Syarikat dalam mengimbangi kekuatan Soveit Union yang memulakan usaha menakluki Afganistan pada tahun 1979, serta hubungan agak dingin di antara Soveit Union dan Republik Rakyat China. Amerika Syarikat yang mengetahui beberapa siri pertempuran sempadan di antara tentera Republik Rakyat China dan Soveit Union, jelas ingin menggunakan peluang tersebut bagi mengekang Soveit Union dan tukul besinya di Asia, malahan di Selat Bering ( Alaska).

Berbalik dengan hubungan Taiwan – Amerika Syarikat yang bermula pada tahun 1950, serta perjanjian ‘Sino-American Mutual Defence Treaty’ pada tahun 1954, Amerika Syarikat amat bimbang dengan pengaruh komunisme di Asia, terutamanya di Asia Tenggara. Serangan golongan komunis di Korea sehingga Amerika Syarikat terpaksa campurtangan dari segi ketenteraan dan menyebabkan perpecahan pada dua negara ( Korea Utara – Korea Selatan), menyebabkan bantuan pada negara Jepun dan Taiwan perlu diperkuatkan lagi. Amerika Syarikat tidak boleh membenarkan Lautan Pasifik terdedah pada kuasa tentera laut komunisme yang bakal mengancam negaranya. Amerika Syarikat mengamalkan dasar peperangan dan pemecahan kuasa di luar batasan sempadan negaranya, dalam menjamin keutuhan negara Amerika Syarikat, selaras dengan ‘ Manifest Destiny’ yang dilancarkan sejak tahun 1800an lagi.

Bagi perjanjian ‘Sino-American Mutual Defence Treaty’ pada 1954, ianya mengandungi sepuluh artikel, termasuklah artikel mengandungi bantuan pada Taiwan sekiranya diserang tentera musuh, bantuan kemanusiaan dan bantuan ketenteraan. Dalam era ‘ Cold War’ ( Perang Dingin, 1945-1989), Amerika Syarikat bertindak melindungi Taiwan dari serangan tentera Republik Rakyat China ( tenteranya digelar , People’s Liberation Army). Perjanjian ini juga menghalang Taiwan dari melakukan serangan tentera ke atas Republik Rakyat China, Amerika Syarikat hanya melindungi pulau Taiwan dan kepulauan Pescadores ( inilah sebab utama Amerika Syarikat tidak terbabit dalam pertempuran dalam ‘ Second Taiwan Strait Crisis’ pada tahun 1958) dan bantuan ketenteraan sekiranya, Republik Rakyat China menyerang negara republik Taiwan ( Republik China).

Pada 5 Januari 1950, Amerika Syarikat di bawah Presiden Harry S. Truman enggan melibatkan diri dalam pertempuran bersenjata dengan Republik Rakyat China dalam melindungi Taiwan, dasar ini berubah dengan tercetusnya Perang Korea pada 25 Jun 1950. Presiden Truman telah mengarahkan ‘Armada Laut Ke Tujuh, Tentera Laut Amerika Syarikat’ (Seventh Fleet of the United States Navy) untuk mengawasi keselamatan perairan dan maritim pulau Taiwan dan kerajaan Taiwan. (http://www.geocities.com/taiwanstatus/taiwanstatus), berikut adalah sedutan arahan rasmi Presiden Harry S. Truman The attack upon Korea makes it plain beyond all doubt that communism has passed beyond the use of subversion to conquer independent nations and will now use armed invasion and war. It has defied the orders of the Security Council of the United Nations issued to preserve international peace and security. In these circumstances the occupation of Formosa by Communist forces would be a direct threat to the security of the Pacific area and to United States forces performing their lawful and necessary functions in that area. Accordingly I have ordered the 7th Fleet to prevent any attack on Formosa. As a corollary of this action I am calling upon the Chinese Government on Formosa to cease all air and sea operations against the mainland. The 7th Fleet will see that this is done. The determination of the future status of Formosa must await the restoration of security in the Pacific, a peace settlement with Japan, or consideration by the United Nations.'(http://en.wikipedia.org/wiki/First_Taiwan_Strait_Crisis).

Pada tahun 1953, Presiden Dwight D. Eisenhower telah menggantikan Presiden Truman, sebagai Presiden Amerika Syarikat, beliau bertindak menarik keluar Armada Ke Tujuh, Tentera Laut Amerika Syarikat dari Selat Taiwan.

Pada tahun 1954, Taiwan telah memperkuatkan kedudukan tenteranya di pulau Quemoy dan pulau Matsu, sebanyak 58,000 tentera ditempatkan di pulau Quemoy dan 15,000 tentera Taiwan di tempatkan di pulau Matsu. Pada 11 Ogos 1954, Zhou En Lai, pemimpin Republik Rayat China menyatakan pulau Taiwan perlu dimerdekakan dari golongan nasionalis Kuomintang. Serangan oleh tentera komunis dilakukan ke atas kedudukan tentera Taiwan di pulau Quemoy dan pulau Matsu, pada 3 September 1954 tentera komunis menyerang pula kepulauan Tachen. Perjanjian di antara Amerika Syarikat dan Taiwan dilakukan secara tergesa-gesa pada 2 Disember 1954 dan dipersetujui oleh Senat Amerika Syarikat pada 9 Februari 1955 bagi melindungi Taiwan.

Pertempuran berlaku sehingga tahun 1955, tentera Republik Rakyat China berjaya menawan kepulauan Yijiangshan pada 18 Januari 1955 dan pada 29 Januari 1955, Kongres dan Senat Amerika Syarikat bersetuju untuk memberikan kuasa penuh kepada Presiden Amerika Syarikat, menggunakan kekuatan tentera mempertahankan pulau Taiwan, kelulusan ini dinamakan sebagai ‘ Resolusi Formosa, 1955’.
Krisis tahun 1954 ini berakhir dengan keinginan Republik Rakyat China untuk berdamai dengan kenyataan pada 23 April 1955. setelah hampir 20,000 orang tentera komunis terbunuh dan kerugian besar dari segi peralatan senjatanya.

Strait Crisis’ pada tahun 1958.  

Krisis ini bermula pada 23 Ogos 1958, apabila tentera People’s Liberation Army ( PLA) dari Republik Rakyat China, menyerang pulau Matsu dan Quemoy di Selat Taiwan( sila rujuk peta; pulau-pulau ini amat berhampiran dengan tanah besar China). Tentera komunis China melakukan serangan atteleri ( tembakan meriam) sehingga menyebabkan ramai tentera Taiwan terbunuh. Presiden Eisenhower ( Amerika Syarikat) telah membantu Taiwan dengan mengubahsuai sebanyak seratus buah jet pejuang F-86 ( Sabre) dengan peluru berpandu pengesan ‘infra-merah’ jenis ‘Sidewinder AIM-9 untuk  bertempur dengan jet pejuang MiG-15 dan MiG-17 , milik tentera udara Republik Rakyat China. Ketegangan ini memuncak selama empat puluh empat hari dan Amerika Syarikat melancarkan ‘Operation Black Magic’. Soveit Union pula mengirimkan mengirimkan Menteri Luarnya, Andrei Gromyko ke Beijing, bagi membincangkan tindakan agresi ketenteraan Republik Rakyat China ke atas Taiwan yang boleh menyebabkan peperangan skala besar dengan Amerika Syarikat.

Pada 6 Oktober 1958, Beijing dan Taipei ( Taiwan) telah bersetuju untuk gencatan senjata, Moa Ze Dong sebagai pemimpin komunis China, mengeluarkan kenyataan melalui Menteri Pertahanannya, menyarankan agar semua orang-orang China bersatu, bagi menewaskan rancangan jahat Amerika Syarikat dalam membahagikan negara China ( Taiwan dan tanah besar China).

Perlu diingatkan, Amerika Syarikat dalam membantu Taiwan, ia sanggup untuk menggunakan bom nuklear bagi menentang ancaman kemaraan komunis di Asia. Inilah yang dikehendaki oleh Mao Ze Dong yang berharap, tindakan ancaman nuklear oleh Amerika Syarikat akan menyebabkan sokongan rakyat ke atas pemerintahan komunis akan bertambah. Walaupun begitu, Amerika Syarikat tidak termasuk dalam perangkap dan helah Moa Ze Dong untuk melancarkan peperangan nuklear atau ancaman nuklear ke atas Republik Rakyat China.

Krisis Tahun 1996-1997 ( Taiwan dan Republik Rakyat China)

Krisis ini bermula dengan keinginan Republik Rakyat China untuk me’nyah’kan Presiden Lee Teng Hui sebagai Presiden Taiwan pada tahun 1996.  Republik Rakyat China membantah lawatan Presiden Lee Teng Hui ke Amerika Syarikat yang digambarkan sebagai pencabulan hak ke atas takrifan Taiwan, sebagai negara tidak berdaulat disisi undang-undang dunia dan negara Republik Rakyat China.

Presiden Lee Teng Hui berjaya melawat ke Amerika Syarikat dengan kebenaran Senat dan Kongres Amerika Syarikat pada 9 sehingga 10 Jun 1995. Ini dibantah keras oleh Republik Rakyat China, pada 7 Julai 1995 , mereka mengancam melancarkan peluru berpandu ke ruang udara Taiwan pada 7 Julai 1995. Pada 21 dan 26 Julai 1995, tentera Republik Rakyat China melancarkan peluru berpandu ujian ke ruang udara sekitar 60 km ke utara kepulauan Pengchiayu, Taiwan, ini diteruskan pada 15 dan 25 Ogos 1995. Amerika Syarikat di bawah pemerintahan Presiden Bill Clinton, mengarahkan kapal indul USS Nimitz ke Selat Taiwan pada akhir Disember 1995 bagi membantu Taiwan sekiranya diserang oleh Republik Rakyat China.

Pada 8  sehingga 15 Mac 1996, peluru berpandu ujian Republik Rakyat China telah dilancarkan dan memasuki kawasan sekitar 25km dari pelabuhan Keelung dan Koahsiung di Taiwan dan menimbulkan ketegangan politik. Amerika Syarikat bertindak pantas mengirimkan armada terbesar tentera lautnya di Lautan Pasifik ( Independence Carrier Battle Group, CVBG) ke perairan Taiwan.  Republik Rakyat China bertindakbalas dengan melakukan ujian peluru berpandu pada 12 dan 20 mac 1996. Amerika Syarikat bertindak balas dengan segera, armada tentera lautnya di Teluk Parsi ( Nimitz Carrier Battle Group, CVBG) telah dikerahkan beroperasi di perairan Taiwan.

Kehadiran tentera laut Amerika Syarikat menyebabkan Republik Rakyat China mengendurkan ancaman ke atas kepentingan Taiwan dan mengakhiri tekanan diplomatiknya ke atas Taiwan buat sementara waktu. Krisis pada tahun 1995-1996, berpunca dari keinginan Republik Rakyat China yang ingin melihat kekalahan Presiden Lee Teng Hui dalam pilihanraya jawatan Presiden di Taiwan di tangan calon Lin Yang Kang.

Penutup

Tentera Republik Rakyat China pada tahun 2000, melalui proses memperkuatkan angkatan lautnya dan angkatan udaranya. Angkatan lautnya yang aktif dari segi ketenteraan kelautan, aktif di zaman Dinasti Ming ( Laksamana  Cheng Ho) dan merosot selepas kematian Laksamana Cheng Ho sehinggalah ke abad ke 20. Bagi menghadapi Amerika Syarikat sebagai ‘singa laut yang terlepas dari pantai California’, ‘beruang panda China perlulah pandai berenang ke lautan’, ini dapat dilihat dengan usaha Republik Rakyat China yang membeli kapal pemusnah jenis Sovremenny yang mampu membawa peluru berpandu untuk menewaskan armada CVBG, Amerika Syarikat, kapal selam jenis Kilo dan jet pejuang Su – 30 MKK2 dari Russia. Jumlah perbelanjaan pertahanan angkatan laut ditambah, selaras dengan falsafah ketenteraan; sesiapa yang menguasai laut akan memenangi peperangan( dalam konteks ini di Asia Tenggara, ianya meliputi Selat Melaka, Laut China Selatan).

RUJUKAN;

[1] “The World Factbook”. CIA. 200605-03. https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/tw.html. 

[2] Gay, Kathlyn. [2008] (2008). 21st Century Books. Mao Zedong’s China. ISBN 0822572850. pg 7

[3] So, Alvin Y. Lin, Nan. Poston, Dudley L. Contributor Professor, So, Alvin Y. [2001] (2001). The Chinese Triangle of Mainland China, Taiwan and Hong Kong. Greenwood Publishing. ISBN 0313308691.

[4] So, Alvin Y. Lin, Nan. Poston, Dudley L. Contributor Professor, So, Alvin Y. [2001] (2001). The Chinese Triangle of Mainland China, Taiwan and Hong Kong. Greenwood Publishing. ISBN 0313308691.

[5] March, G. Patrick. Eastern Destiny: Russia in Asia and the North Pacific. [1996] (1996). Greenwood Publishing Group. ISBN 0275955664. pg 205.

[6] Chang, H. H. Chang. [2007] (2007). Chiang Kai Shek – Asia’s Man of Destiny. ISBN 1406758183. pg 126

[7] Chang, H. H. Chang. [2007] (2007). Chiang Kai Shek – Asia’s Man of Destiny. ISBN 1406758183. pg 126

[8] Brune, Lester H. Dean Burns, Richard Dean Burns. [2003] (2003). Chronological History of U.S. Foreign Relations. Routledge. ISBN 0415939143

[9] Zhao, Suisheng. [2004] (2004). A Nation-state by Construction: Dynamics of Modern Chinese Nationalism. Stanford University Press. ISBN 0804750017

[10] Blasko, Dennis J. [2006] (2006). The Chinese Army Today: Tradition and Transformation for the 21st Century. Routledge. ISBN 0415770033

[11] Zhang, Chunhou. Vaughan, C. Edwin. [2002] (2002). Mao Zedong as Poet and Revolutionary Leader: Social and Historical Perspectives. Lexington books. ISBN 0739104063. p 65, p 58

[12] Lary, Diana. [2007] (2007). China’s Republic. Cambridge University Press. ISBN 0521842565

[13] p23, U.S. Military and CIA Interventions Since World War II, William Blum, Zed Books 2004 London.

[14] Harry S.Truman, Memoirs, Vol. Two: Years of Trial and Hope, 1946-1953 (Great Britain 1956), p.66

[15] Zeng Kelin, Zeng Kelin jianjun zishu (General Zeng Kelin Tells his story), Liaoning renmin chubanshe, Shenyang, 1997. p. 112-3

[16] Lilley, James R. China Hands: Nine Decades of Adventure, Espionage, and Diplomacy in Asia. ISBN 1586481363

[17] Elleman, Bruce A. Modern Chinese Warfare, 1795-1989. Routledge. ISBN 0415214734.

[18] Taiwan Relations Act: Public Law 96-8 96th Congress Sec. 4 under APPLICATION OF LAWS; INTERNATIONAL AGREEMENTS

 

 

 

 


 

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Konflik Amerika Syarikat vs Republik Rakyat China ; Laut China Selatan – United States vs People’s Republic of China in deep sea;South China Sea

Salam hormat, ketemu lagi dari Muhammad Zakir, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

Tempohari saya telah membincangkan mengenai konflik perebutan kuasa di antara kuasa-kuasa besar di Laut China Selatan dan Selat Melaka.
Situasi konflik ini telah berlaku pada 8 Mac 2009 ( Ahad) yang lalu, konflik ini berlaku di antara sebuah negara kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat ( U.S) dan bakal negara kuasa besar dunia di Timur, tidak lain dan tidak bukan merupakan Republik Rakyat China ( PRC).

Pada 8 Mac 2009, sebuah kapal perisikan Tentera Laut Amerika ( United States Navy-USN) yang dikenali sebagai USS Impeccable yang berada dalam lingkungan 100 km ( 75 batu) di dalam kawasan perairan Laut China Selatan. Kapal perisikan USN ini adalah kapal pengesan kapal selam yang dilengkapi sonar berkekuatan tinggi, dalam mengesan pergerakan kapal selam Tentera Laut China yang beroperasi dari pengkalan tentera laut di Sanya, Pulau Hainan, China.
Ini dapat ditafsirkan sebagai percubaan Amerika Syarikat untuk mengesan laluan kapal selam China, apatah lagi pengkalan kapal selam China yang dikatakan tersimpan rapi di dalam kawasan bukit yang hanya boleh dilalui dengan terowong dari laut ke dalam pengkalan rahsianya. Ini menyebabkan Amerika Syarikat gagal mengesan pergerakan kapal selam dan aktiviti di pengkalan kapal selam, melalui pemantauan satelit di ruang angkasa lepas.

Tentera Laut China menggunakan taktikal ‘harassment’ bagi menghalau kapal USS Impeccable dari jarak 75 km ke selatan Pulau Hainan, mereka menggunakan lima buah kapal, termasuklah kapal peronda perikanan China, kapal kajian kelautan , kapal pemantauan kelautan tentera laut dan dua buah bot penangkap ikan.
Dua buah bot penangkap ikan telah menghampiri kapal USS Impeccable dalam jarak 15 meter dan nelayan ( sebenarnya anggota tentera laut), mengarahkan kapal perisikan Amerika Syarikat tersebut meninggalkan kawasan perairan yang dianggap oleh China sebagai sebahagian kawasan Zon Ekonomi Ekslusif ( ZEE) Republik Rakyat China, sementara Amerika Syarikat beranggapan bahawa, kapal USS Impeccable berada di kawasan perairan antarabangsa dan tidak mengiktiraf kawasan ZEE yang didakwa oleh pihak berkuasa China.
Dua buah bot penangkap ikan China, malahan memprovokasi kapal USS Impeccable dengan memberhentikan bot mereka, di hadapan kapal USS Impeccable yang sedang bergerak meninggalkan kawasan konflik tersebut, namun kecekapan pegawai pemerintah USS Impeccable memberhentikan kapalnya dari melanggar dua buah bot China tersebut, berjaya mengelakkan konflik yang bakal mengundang, sesuatu yang serius dari segi hubungan dua hala antarabangsa Amerika Syarikat dan China.

Pada 5 Mac 2009, kapal USS Impeccable telah diprovokasi oleh sebuah kapal frigate Tentera Laut China yang sengaja, melintas laluan kapal dalam jarak yang sangat dekat yang memungkinkan perlanggaran kapal, dua jam selepas itu sebuah kapalterbang pengebom ringan Tentera Udara China dari jenis Yak – 12 terbang serendah 600 meter melintasi kapal USS Impeccable, sementara pada 7 Mac 2009 sebuah kapal Tentera Laut China telah menghubungi kawalan komunikasi radio kapal USS Impeccable, agar kapal perisikan Amerika Syarikat meninggalkan kawasan perairan tersebut atau menghadapi kemungkinan ‘buruk’.  Bagi undang-undang antarabangsa Amerika Syarikat, menyatakan tiada sebarang kuasa yang boleh menyekat tindakan Amerika Syarikat untuk melakukan pemantauan kelautan, iaitu; “in waters beyond the territorial sea of another state without prior notification or consent”. (Sila rujuk laporan agensi berita ini; US And China Face-Off On The High Seas, Sky News, March 9, 2009 ,China hits out at US on navy row BBC News 200903-10 Chinese ships ‘harass’ US vessel, BBC News, 9 March 2009 )

Kerajaan Republik Rakyat China melalui jurucakap rasmi Kementerian Luarnya, Ma Zhaoxu menyatakan,  “China has lodged a solemn representation to the United States as the USNS Impeccable conducted activities in China’s special economic zone in the South China Sea without China’s permission”. Sila rujuk berita ini di, http://news.xinhuanet.com/english/2009-03/10/content_10983647.htm.

Selain daripada itu, Ma Zhaoxu menyatakan pendirian tegas pemerintah China terhadap agresi perisikan Amerika Syarikat di Laut China Selatan sebagai berkata;
 “We demand that the United States put an immediate stop to related activities and take effective measures to prevent similar acts from happening, the U.S. claims are gravely in contravention of the facts and confuse black and white and they are totally unacceptable to China. The UN Convention on the Law of the Sea, the Law on the Exclusive Economic Zone and the Continental Shelf of the People’s Republic of China, and the Regulations of the People’s Republic of China on the Management of Foreign-related Marine Scientific Research, have clear regulations on foreign vessels’ activities in China’s exclusive economic zones”. (http://news.xinhuanet.com/english/2009-03/10/content_10983647.htm).

Kapal USS Impeccable milik Amerika Syarikat, dibina pada 15 Mac 1992 di Halter Marine Incorporated di Gulfport, Mississippi oleh syarikat American Shipbuilding, di Tampa Florida. Kapal perisikan pengesan kapal selam ini diserahkan pada Tentera Laut Amerika Syarikat pada 22 Mac 2001 dan diklasifikasikan sebagai T-AGOS ( kapal pengesan kapal selam dengan menggunakan sonar), T- AGOS bermaksud kaedah menunda peralatan sonar yang akan mengesan sebarang objek di bawah permukaan laut, terutamanya kapal selam musuh atau dalam bahasa ketenteraannya disebut Surveillance Towed Array Sensor System. Sistem ini menggunakan kaedah pengesanan frekuensi sonar aktif dan pasif dalam mengesan sebarang objek di bawah permukaan laut ( jika di udara pengesanan sebarang objek menggunakan radar, sebaliknya di dalam laut pengesanan dilakukan dengan sonar).
Kapal USS Impeccable mempunyai 25 orang krew dari Tentera Laut Amerika Syarikat dan 25 orang krew awam yang mahir dalam bidang sains kelautan dan teknologi sains ketenteraan maritim.

Kebimbangan kerajaan Republik Rakyat China amat mudah difahami, operasi kapal USS Impeccable boleh memusnahkan kerahsiaan laluan utama kapal selam mereka di bawah laut di Laut China Selatan. Kaedah pengesanan sonar Amerika Syarikat menggunakan peralatan AN / U QQ – 2 Surveillance Towed Array Sensor System atau ringkasannya, SURTASS. Bagi tindakan sistem pengesanan sonar SURTASS frekuensi rendah, ia mampu mengesan sesebuah kapal selam musuh dalam jarak yang sangat jauh menggunakan sonar aktif dan sonar pasif, bagi sonar aktif ia akan memancarkan signal audio dalam lingkungan 100 Hz dan 500 Hz menggunakan peralatan yang dipasang di bawah kapal, sementara sonar pasif pula akan ditunda dengan kabel dari kapal induknya ( USS Impeccable).
Sonar berkuasa tinggi ini akan menyebabkan Amerika Syarikat dapat memetakan laluan kapal selam, laluan selamat kapal selam, kawasan pengkalan kapal selam utama di pulau Hainan dan jumlah kapalselam China yang beroperasi di Laut China Selatan, malahan mengganggu operasi sonar kapal selam Tentera Laut China.

Penguasaan Laut China Selatan dan Selat Melaka

Adalah jelas dari konflik di Laut China Selatan pada 8 Mac 2009 berhampiran pulau Hainan dan Veitnam, menunjukkan Amerika Syarikat masih ingin menunjukkan taring ‘Singa Laut US’ di Laut China Selatan. Amerika Syarikat tidak sewenang-wenangnya akan melarikan atau menjauhkan dirinya dari kawasan Asia Tenggara. Ini ditambah lagi dengan kepentingannya melindungi dua buah negara ‘Oceania’ di selatan, iaitu Australia dan New Zealand.
Kepentingannya memelihara perhubungan dengan Indonesia adalah sangat mustahak, agar negara Republik Rakyat China tidak mendominasikan Laut China Selatan. Taktikal ketenteraan Amerika Syarikat di Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Filiphina, Singapura, Thailand dan Indonesia, menunjukkan dasar luar Amerika Syarikat yang cuba mengekang kuasa ‘beruang Panda China’ yang kelihatan memakan rumpun buluh, namun mempunyai rahsia kekuatan yang tidak dapat diramalkan dengan sewenang-wenangnya.
Amerika Syarikat juga berkemungkinan berdendam dengan maruah Tentera Lautnya yang dimalukan dalam beberapa insiden oleh kapal selam Tentera Laut China yang berjaya menghampiri armada lautnya yang mengandungi kapal induk membawa kapal terbang, seperti berita ini; “American military chiefs have been left dumbstruck by an undetected Chinese submarine popping up at the heart of a recent Pacific exercise and close to the vast U.S.S. Kitty Hawk – a 1,000ft supercarrier with 4,500 personnel on board.

By the time it surfaced the 160ft Song Class diesel-electric attack submarine is understood to have sailed within viable range for launching torpedoes or missiles at the carrier.According to senior Nato officials the incident caused consternation in the U.S. Navy.The Americans had no idea China’s fast-growing submarine fleet had reached such a level of sophistication, or that it posed such a threat.One Nato figure said the effect was “as big a shock as the Russians launching Sputnik” – a reference to the Soviet Union’s first orbiting satellite in 1957 which marked the start of the space age.

The incident, which took place in the ocean between southern Japan and Taiwan, is a major embarrassment for the Pentagon.The lone Chinese vessel slipped past at least a dozen other American warships which were supposed to protect the carrier from hostile aircraft or submarines.And the rest of the costly defensive screen, which usually includes at least two U.S. submarines, was also apparently unable to detect it.According to the Nato source, the encounter has forced a serious re-think of American and Nato naval strategy as commanders reconsider the level of threat from potentially hostile Chinese submarines.

It also led to tense diplomatic exchanges, with shaken American diplomats demanding to know why the submarine was “shadowing” the U.S. fleet while Beijing pleaded ignorance and dismissed the affair as coincidence.

Analysts believe Beijing was sending a message to America and the West demonstrating its rapidly-growing military capability to threaten foreign powers which try to interfere in its “backyard”.

The People’s Liberation Army Navy’s submarine fleet includes at least two nuclear-missile launching vessels.Its 13 Song Class submarines are extremely quiet and difficult to detect when running on electric motors.

Commodore Stephen Saunders, editor of Jane’s Fighting Ships, and a former Royal Navy anti-submarine specialist, said the U.S. had paid relatively little attention to this form of warfare since the end of the Cold War.

He said: “It was certainly a wake-up call for the Americans.“It would tie in with what we see the Chinese trying to do, which appears to be to deter the Americans from interfering or operating in their backyard, particularly in relation to Taiwan.” ( http://www.dailymail.co.uk/news/article-492804/The-uninvited-guest-Chinese-sub-pops-middle-U-S-Navy-exercise-leaving-military-chiefs-red-faced.html)

Kesimpulannya, Laut China Selatan menjadi semakin aktif dari segi perluasan kuasa negara-ngera kuasa besar, namun bagi Malaysia ianya tidak membimbangkan disebabkan wujudnya penduduk berketurunan China yang ramai di negara ini.
Malahan, perhubungan diplomatik telah terjalin sejak zaman Dinasti Ming lagi, melalui Laksamana Cheng Ho yang mengiktiraf kuasa diraja kesultanan Melaka. 
Tekanan berpusat pada Amerika Syarikat yang kian tertekan dengan kemelesetan ekonomi, malahan mereka amat arif mengetahui bahawa kepimpinan politik di Thailand, Filiphina, Singapura dan Myanmar dikuasai oleh Presiden atau Perdana Menteri yang berketurunan China.

Dari satu sudut, negara Republik Rakyat China sudahpun memenangi peperangan psikologi dan kuasanya di Asia Tenggara, dimana kesemua negara di Asia Tenggara, Australia dan New Zealand mempunyai penduduk berketurunan China yang ramai, manakala di Borneo ( Sabah, Sarawak, Kalimantan), jumlah penduduk berketurunan China semakin hari semakin bertambah, ini menguatkan pengaruh Republik Rakyat China di Laut China Selatan, kepulauan Natuna dan kepulauan Terumbu Layang-Layang.

Sekian- sudah makan ke belum???

4 Comments

Filed under Uncategorized