Salam perkenalan dari Muhammad Zakir- Universiti Malaya

Bismillahirromanirroheim,

Assalamualaikumwarohmatullahiwabarokatuh, salam perkenalan dari saya yang kini berada jauh nun jauh dari negeri Kedah Darul Aman tempat kelahiran saya. Kini..saya bertugas di Universiti Malaya, sebuah tempat ‘mohor keilmuan’ yang tersohor di Malaysia. Dalam sisa-sisa usia yang semakin mengundur ke penghujung ini, hanya perjalanan menuju Illahi yang sedang dicari oleh saya sekarang ini.

Apabila memperkatakan mengenai kehidupan, amat menarik sekali, apa yang menariknya, ia amat menarik apabila ‘Allah SWT’ memberikan ilham kepada manusia dengan gambaran bayangan di dalam minda yang mencetuskan pelbagai rekaan manusia di atas mukabumi ini, penciptaan kereta, kapalterbang dan kapalselam adalah ilham yang dicetuskan ke dalam minda manusia oleh Allah SWT.

Walaupun begitu, semangat untuk mengingati Allah SWT amat mudah beralah, hanya satu kawan setia kita yang tidak pernah melupakan zikir Allah, ianya adalah degupan jantung kita yang senantiasa mengucapkan kalimah ‘Allah Hu’. Kita pula akan tertidur, terlupa dan terkhilaf dalam mengingati Allah Ya Robb, namun cubalah sedaya upaya untuk mengingati Allah SWT sebanyak mungkin di dalam jiwa kita…

Sayugia, kita tidak dapat lari dari pandangan Allah SWT, marilah kita bersama-sama untuk berdoa dan mensyukuri kurniaan Allah SWT…

Berbalik kepada diri saya, nama saya MUHAMMAD ZAKIR…Zakir yang bermaksud ‘senantiasa mengingati Allah SWT dalam ingatan yang teguh, namun ianya sekadar nama, beban memikul nama ini amatlah berat, cuma saya sedaya upaya cuba untuk memikul tanggungjawab dalam menunaikan tuntutan mengingati Allah SWT selalu-lalunya dalam bayangan kehidupan dunia ‘fana’ ini….

Untuk kawan-kawan di Universiti Malaya dan para mahasiswa yang mengenali saya, saya ucapkan ‘ moga Allah SWT mengasihi kita selalu’…insyaAllah!!!

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s