Pemilihan/Pilihanraya Kampus Universiti Malaya 2009

Bismillahirrohmanirroheim

Assolatuwassalammualannabiyyi Muhammad s.a.w,

Ketemu lagi dalam wadah bercitra ini, pemilihan/pilihanraya kampus di Universiti Malaya adalah sebuah gelanggang yang penuh ‘keligatan’ dengan kepelbagaian isu dan ‘politiking’ mahasiswa. Teruja saya untuk melakukan kajian ‘ sdn. bhd.’ yang tidak bersifat akademik, namun boleh dihuraikan dengan data-data yang saya sendiri kumpulkan dengan bersusah payah dan penat mengayuh diri sendiri memperolehi maklumat.

RAJAH 1 ;

KEPUTUSAN PEMILIHAN MPMUM BERDASARKAN FRAKSI DI UNIVERSITI MALAYA

 

 

 

NO

FRAKSI

JUMLAH KERUSI MENANG

 

1

 

 

PRO MAHASISWA [ PRO M]

 

19 KERUSI

[ 8 UMUM+ 11 FAKULTI]

 

 

2

 

 

 

PENGGERAK MAHASISWA [ GERAK]

 

 

20 KERUSI

[ 1 UMUM + 19 FAKULTI]

 

3

 

BEBAS

[ 2 CALON BEBAS DI FAKULTI UNDANG-UNDANG]

 

 

 

2 KERUSI

[ 2 KERUSI FAK. UNDANG-UNDANG]

 

 

Sumber ; data dari penyelidikan PPK Muhd Zakir, Universiti Malaya

 

LAPORAN KEPUTUSAN PILIHANRAYA KAMPUS UNIVERSITI MALAYA

 

 JUMLAH PERATUSAN KELUAR MENGUNDI BAGI TAHUN 2009 ADALAH SEBANYAK 66.39 %, PENURUNAN PERATUSAN BERBANDING PADA TAHUN 2007 YANG MENYAKSIKAN SEBANYAK 74.3 % PENGUNDI TURUN MENGUNDI DALAM PILIHANRAYA KAMPUS 2007 [ OKTOBER 2007]

 

ANALISIS RINGKAS BAGI KAWASAN UMUM

 

PILIHANRAYA / PEMILIHAN 2009 MENYAKSIKAN BAGI KAWASAN UMUM, SERAMAI;

 8 [ LAPAN] ORANG CALON PRO MAHASISWA MENANG DAN 1 [ SATU] CALON PENGGERAK MAHASISWA MENANG BAGI KAWASAN UMUM.

 

HANYA CALON-CALON BERBANGSA MELAYU DAN CINA SAHAJA YANG MENANG, SEBALIKNYA KESEMUA CALON INDIA KALAH DALAM PERTANDINGAN KAWASAN UMUM.

 

JUMLAH UNDI TERTINGGI BAGI KAWASAN UMUM ADALAH 5,999 UNDI DAN UNDI TERENDAH ADALAH 1,195 UNDI.

 

ANALISIS RINGKAS BAGI KAWASAN FAKULTI

 

DUA KAWASAN FAKULTI MENANG TANPA BERTANDING ADALAH AKADEMI PENGAJIAN ISLAM DAN PUSAT SUKAN UNIVERSITI MALAYA.

 

PRO MAHASISWA MEMENANGI 11 [ SEBELAS] KERUSI DARI CALONNYA YANG DIISTIHARKAN SECARA RASMI SEBAGAI FRONT PRO MAHASISWA, 21 [ DUA PULUH SATU] KERUSI SELEBIHNYA DIMENANGI OLEH FRONT PENGGERAK MAHASISWA DAN CALON BEBAS.

 

19 [ SEMBILAN BELAS] CALON MELAYU MENANG BAGI PERINGKAT FAKULTI , 1 [SATU] CALON INDIA MENANG BAGI PERINGKAT FAKULTI DAN SELEBIHNYA SEBANYAK 12 [DUA BELAS] KERUSI DIMENANGI OLEH CALON BERBANGSA CINA.

 

PERBEZAAN RAS KAUM SECARA KESELURUHAN

 

JUMLAH CALON SISWA MELAYU YANG MENANG [ UMUM/FAKULTI] ADALAH SEBANYAK 24 ORANG [ DUA PULUH EMPAT ORANG] CALON, JUMLAH CALON SISWA CINA SECARA KESELURUHAN ADALAH 16 ORANG [ ENAM BELAS ORANG] CALON DAN 1 ORANG [ SATU ORANG] CALON INDIA YANG MENANG.

 

JUMLAH KESELURUHAN CALON YANG MENANG ADALAH 41 CALON [ EMPAT PULUH SATU CALON] , IAITU 9 ORANG [ SEMBILAN ORANG] CALON UMUM DAN 32 ORANG [ TIGA PULUH DUA ORANG] CALON FAKULTI.

 

Disediakan oleh ; PPK Muhammad Zakir Md Saad , 20 JANUARI 2009 .

 

RAJAH 1.1 –JUMLAH CALON MENANG PEMILIHAN MPMUM 2009 UNIVERSITI MALAYA MENGIKUT FRAKSI BAGI KAWASAN UMUM [ 9 KERUSI]

 

CALON PRO MAHASISWA

CALON PENGGERAK MAHASISWA- BEBAS

 

8 CALON

 

 

1 CALON

 

 RAJAH 1.2 – CALON KAWASAN UMUM YANG MENANG MENGIKUT KAUM/RAS

 

MELAYU

CINA

 

5 CALON

 

 

4 CALON

 

…………………………………………………………………………………………………………………

 

 RAJAH 1.3 – JUMLAH CALON MENANG PEMILIHAN MPMUM 2009 UNIVERSITI MALAYA MENGIKUT FRAKSI BAGI KAWASAN FAKULTI [ 32 KERUSI]

 

CALON PRO MAHASISWA

CALON PENGGERAK MAHASISWA-BEBAS

 

11 CALON

 

 

21 CALON

 

 RAJAH 1.4 – CALON KAWASAN FAKULTI YANG MENANG MENGIKUT KAUM/RAS

 

INDIA

MELAYU

CINA

 

1 CALON

 

 

19 CALON

 

12 CALON

 

…………………………………………………………………………………………………………………

 

RAJAH 1.5 – CALON YANG MENANG MENGIKUT KAUM/RAS BAGI KESELURUHAN KAWASAN [ UMUM + FAKULTI = 41 CALON]

 

INDIA

MELAYU

CINA

 

1 CALON

 

 

24 CALON

 

16 CALON

 

Disediakan oleh ; PPK Muhammad Zakir Md Saad , 20 JANUARI 2009

 

Demikianlah…hasil pengkajian saya yang ‘amatur’, seandainya terkhilaf saya memohon maaf sebanyaknya dari kalian semua. Sepanjang pilihanraya/pemilihan 2009 bagi Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya dari 14 Januari 2009 sehinggalah 19 Januari 2009, saya cukup terhibur dengan gelagat dan telatah para mahasiswa dari fraksi ‘Pro Mahasiswa’ dan ‘Penggerak Mahasiswa’. Malah para pemimpin mahasiswa dari ‘Pro Mahasiswa’ Universiti Malaya asyik bertanya dengan saya dengan pelbagai soalan, mengapakah Encik Zakir membuat kajian….hehehe, tergelak saya..sebabnya saya ini merupakan seorang yang mempelajari ‘sejarah’ dan saya sendiri memperolehi A1 dalam bidang Sejarah pada peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia dan gred A pada peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia pada tahun 1992, malahan di universiti saya mengambil ‘Sejarah’ sebagai bidang ‘major’ bagi Ijazah Sarjana Muda Sastera, oleh itu sebagai penjawat awam yang mengambil iktibar dari para pegawai Inggeris yang menjajah Malaysia seperti Sir Frank Athelstane Swettenham, Sir William George Maxwell dan yang paling saya teruja adalah Sir Hugh Low yang menulis pengalaman beliau sebagai Residen dan pentadbir British, antara buku-buku yang ditulis berdasarkan pengalaman dan pengkajian beliau adalah:

1.  The Journal of Sir Hugh Low; Perak, 1887: Perak, 1887 By Hugh Low, transcribed and edited  by Emily Sadka Published by Govt. Print. Off., 1955
2. `Sĕlĕsǐlah (book of the Descent) of the Rajas of Brunei By Hugh Low Published by [s.n.], 1880

Semoga dengan penulisan dan rakaman peristiwa akan menjadi sejarah berekod dan tidak mengulangi sejarah ‘nenek moyang’ kita yang hilang lenyap ditelan zaman, maka saya berazam untuk merekod dan mengkaji sejarah dengan iltizam kerana Allah SWT dan menjadi rujukan kepada manusia pada suatu hari nanti. InsyaAllah.

Wasallam dari Muhammad Zakir, Universiti Malaya.

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s