Adakah suratkhabar bahasa Melayu kurang menyengat lagi?

Assalamualaikumwarohmat’ullahi’wabarokatuh,

Salam keceriaan, topik ini berlangsung disebabkan saya melihat beberapa kejadian aneh tetapi benar sedang berlaku di Malaysia. 

Suratkhabar berbahasa Cina diterbitkan dua kali sehari, malahan adalah menjadi kebiasaan di Kuala Lumpur, para penjual suratkhabar Cina menjual suratkhabar pada waktu malam dengan hanya meletakkan di atas meja dan para pembeli akan akan datang memperolehi suratkhabar tersebut ( dengan berbayar).

Kelebihan pada masyarakat Cina adalah;

1. bahan berita yang terkini dengan penerbitan sebanyak dua kali dalam tempoh dua puluh empat jam

2. masyarakat Cina lebih terdedah dengan maklumat dan apa sahaja isu atau pengaruh yang memberikan kesan yang amat kuat ke atas masyarakat Cina di Malaysia

3. kelebihan pada para peniaga sepenuh masa dan peniaga sambilan ( pelajar, suri rumah) untuk memperolehi pendapatan tambahan

Inilah cabaran terbesar pada syarikat-syarikat akhbar berbahasa Melayu, apakah soal harga kertas mentah yang naik menjadi persoalan atau adakah kos dari segi pengurusan akan meningkat?

Akhbar-akhbar berbahasa Melayu juga menjadi mangsa pada pemboikotan pembacaan dan pembelian di kalangan masyarakat dan mahasiswa di universiti tertentu di Malaysia. Ini menambahkan ke’parah’an dalam usaha pihak penerbitan akhbar bersaing sesama sendiri dan para pesaing yang terdiri dari akhbar berbahasa Inggeris. 

Akhbar-akhbar berbahasa Melayu seharusnya bergerak dan berubah agar relevan dengan suasana persekitaran yang semakin berubah. Mahasiswa dan golongan muda ( berumur dalam lingkungan 20an- 30an) di Malaysia di kalangan bangsa Melayu, kebanyakannya sudah terdidik dan mempunyai pengetahuan yang amat luas.  Maklumat di alam maya ( internet) dari pusat-pusat penerbitan media di luar negara kian mudah diakses, pendedahan sebegini membuatkan akhbar-akhbar berbahasa Melayu perlu merubah gaya atau teknik pemberitaan agar mampu menarik golongan muda untuk mengeluarkan RM1.50 atau RM2.00 bagi memperolehi maklumat.

Dua minggu lepas, pada hari minggu saya membaca artikel yang ditulis oleh wakil akhbar Malaysia di Indonesia, saya tersenyum sendirian ( gila ) dan saya mengingatkan agar diri saya tidak memperolehi ‘sakit jiwa’, tetapi saya terkejut apabila beberapa orang kawan lama, mahasiswa dan sahabat dari Indonesia ( menyambung pengajian di Malaysia) yang turut ‘sakit jiwa’.  Persoalannya, apakah wakil akhbar di Malaysia hanya meliputi dan melakukan laporan berkaitan ‘ meminum darah ular dan mendakwa mampu menguatkan fizikal’, malahan adakah orang Islam dibenarkan meminum darah, sedangkan darah adalah najis dan ular pula adalah haiwan bertaring.
Kita mengharapkan ( malahan warga Indonesia yang berpendidikan) agar, wakil akhbar Malaysia di Indonesia melaporkan mengenai kilang pengeluaran helikopter di Indonesia, pembangunan sektor petroleum di Indonesia, perkembangan pendidikan bidang perubatan di Indonesia, maklumat berkaitan universiti-universiti terkemuka di Indonesia dan makluman berita yang mampu mempertingkatkan hubungan dua hala antara negara yang dikatakan serumpun di Nusantara ini.
Wakil-wakil akhbar di Indonesia, seharusnya meniru peranan besar RTM dan Kementerian Penerangan Malaysia yang menerbitkan slot kerjasama penerbitan dengan negara Indonesia yang menonjolkan bahan berita yang memberikan manfaat dari segi sosial, teknikal dan pembangunan kedua-dua buah negara, bukannya laporan berkaitan hiburan dan alam ghaib semata-mata.

Sekian sahaja dan saya mendoakan agar selepas ini akhbar-akhbar berbahasa Melayu kembali gagah mendepani masa, umpama ungkapan di dalam ‘Radio Klasik’ dari RTM, ‘segar malar’ dan perubahan adalah perlu sebelum para mahasiswa yang bakal menjadi pemimpin akan terpanggil untuk menjauhi akhbar-akhbar kita yang bermaksud kegagalan dalam menyampaikan maklumat…sekian.

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s