Pengajaran dari kisah bekas anggota S.A.S ‘ Simon Mann’ yang ingin menggulingkan kerajaan di Afrika

Simon Mann adalah bekas pegawai tentera British di dalam pasukan elit komando ‘Special Air Service’ dalam era tahun 1970an, mengapa beliau terkenal pada rakyat British dan bukannya di dalam Malaysia?.

Baru-baru ini sewaktu saya sedang menunggu kepala saya akan dibotakkan oleh ‘pekedai tukang gunting rambut’ di Universiti Malaya, saya terbaca artikel yang ditulis di dalam ‘ Reader’s Digest’ berkaitan ‘Simon Mann’.

Kisahnya sangat menarik hati saya, Simon Mann selepas menamatkan perkhidmatannya di dalam ‘SAS’ [ sebelum Perang Falklands pada tahun 1982, beliau terlepas peluang beraksi di medan tempur di hujung benua Amerika Selatan] telah menyertai pasukan tentera upahan yang beroperasi di Uganda, Afrika Selatan dan Congo.  Beliau seterusnya melibatkan diri sebagai penasihat ketenteraan kepada Jeneral Sir Peter [ bekas pegawai kanan komando SAS , British dan Sir Peter pernah terbabit sebagai pegawai muda komando SAS di dalam pertempuran dengan pengganas komunis di Perak pada tahun 1950an] yang bertanggungjawab sebagai pegawai pemerintah tertinggi tentera British dalam serangan bersama ke atas tentera Iraq yang menceroboh Kuwait pada tahun 1991.

Simon Mann kehilangan kerja sekali lagi selepas Perang Teluk dan permohonan beliau untuk menyambung khidmat di dalam tentera British juga telah ditolak, ini menyebabkan beliau menyertai pasukan tentera upahan di benua Afrika, beliau menjadikan Afrika Selatan sebagai tempat kediamannya, malahan mengoperasikan pasukan askar upahannya sendiri.

Beliau telah melakuan satu kesilapan pada tahun 2004, sehingga menyebabkan beliau merengkok di dalam penjara sehingga ke hari ini. Apakah kesilapannya?

Kesilapannya adalah cubaan merampas kuasa di sebuah negara Afrika yang kaya dengan hasil petroleum, iaitu negara Equatorial Guinea. Negara ini kurang dikenali di Malaysia, negara ini mempunyai kekayaan hasil gas dan petroleum yang tersimpan di pantai pesisirannya yang mengadap ke Lautan Atlantik.

Pengajaran yang diperolehi sememangnya berguna, pertama sekali Simon Mann bertindak melulu dengan harapan dapat menumbangkan kepimpinan Presiden Teodoro Obiang Nguema Mbasogo dan menggantikan dengan pemimpin baru sebagai Presiden negara E. Guinea. Mengapa perlu ditumbangkan dengan askar upahan yang bertaraf komando dan dipimpin oleh Simon Mann? Ianya amat berkaitan dengan kekayaan minyak petroleum di negara E. Guinea, Simon Mann amat berharap untuk menaikkan pemimpin baru sebagai Presiden dan beliau akan memperolehi ganjaran yang sangat besar dengan kejayaan rampasan kuasa di E. Guinea.

Malahan nasib beliau menjadi bertambah malang sejak ditahan di Zimbabwe pada tahun 2004, apabila diekstradisi ke negara E. Guinea pada 1 Februari 2008 yang lalu dan ditempatkan di penjara di kota Malabo yang terkenal sebagai tempat tahanan politik sejak dari zaman penjajahan Sepanyol lagi.

Simon Mann adalah anak kepada George Mann, ayahnya adalah bekas pegawai tentera British yang terkenal di zaman Perang Dunia Kedua dan bekas ketua pasukan kriket England pada tahun 1940an, malahan datuknya yang bernama Frank Mann juga adalah bekas ketua pasukan kriket England pada tahun 1922 sehingga tahun 1923.

Simon Mann adalah seorang bekas pegawai tentera komando SAS yang berdedikasi dan lulusan dari Eton College, seterusnya menyambung pengajian di Maktab Tentera Sandhurst, kerjaya pertamanya di dalam tentera British apabila beliau ditauliahkan sebagai pegawai tentera di dalam Scots Guard Regiment.

Penyertaan beliau sebagai tentera upahan bermula pada tahun 1993, apabila beliau menyertai ‘syarikat askar uapahan berlesen’ yang dinamakan ‘Executive Outcomes’, beliau terbabit dalam perang gerila di Angola menentang tentera pemberontak UNITA di Angola.

Pada tahun 1996, beliau menubuhkan ‘Sandline International’ sebagai syarikat tentera upahan yang melakukan operasi berbayar di Sierra Leone , Angola dan Papua New Guinea di Asia Tenggara.

Beliau ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Harare, Zimbabwe apabila kapalterbang Boeing 727 yang membawa beliau dan 69 anggota tentera upahan telah diserbu oleh pihak berkuasa Zimbabwe yang menerima laporan perisikan dari Afrika Selatan, menyatakan Simon Mann menggunakan kapalterbang Boeing 727 yang disewa khas untuk melakukan serangan rampasan kuasa di negara E. Guinea. Peristiwa tersebut berlaku pada 7 Mac 2004 dan Simon Mann dihadapkan ke mahkamah Zimbabwe bersama 69 tentera upahan dan didapati bersalah, serta dihukum penjara di Zimbabwe dan diekstradisi ke negara E. Guinea pada 1 Februari 2008 yang menyaksikan beliau dihukum penjara 34 tahun di penjara Malabo, N. Guinea.

Apakah kesilapannya – Simon Mann…apabila direnung kembali, beliau terlalu gopoh dan mempercayai dalang-dalang dibelakangnya yang cuba mengambil kesempatan sekiranya percubaan merampas kuasa berjaya, namun kesilapannya adalah beliau terlalu ghairah dan menggunakan talifon untuk berhubung dengan bekas anggota tentera komando yang ingin dipelawa menjadi askar upahan, ini menyebabkan pihak perisikan Afrika Selatan dapat menghidu gerakan tersebut dan melaporkan kepada pihak perisikan Zimbabwe.
Selain daripada itu, beliau terlupa dengan kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat yang sudah tentunya tidak ingin melepaskan negara E. Guinea yang kaya dengan hasil petroleum. Inilah yang beliau terlupa, peranan Amerika Syarikat yang sudah tentunya memantau sebarang gerakan rampasan kuasa di negara Afrika yang kaya dengan minyak dan gas.

Simon Mann juga melupakan satu perkara, walaupun beliau bekas pegawai tentera komando di dalam SAS, namun daya fikiran inteleknya tidak mampu menyamai daya fikiran ‘thinker’ yang merancang gerakan tentera komando.
Nasib beliau bertambah malang, apabila Zimbabwe terlibat dengan krisis dengan kerajaan British pada era tahun 2007- 2008 yang menyaksikan British mengecam kerajaan Zimbabwe yang dianggap menjalankan pemerintahan yang tidak demokratik, disamping merampas tanah para pendatang kulit putih di Zimbabwe.  Mungkinkah Simon Mann menjadi mangsa percaturan politik di antara kerajaan Zimbabwe dan British, walaupun Simon Mann kini adalah warga Afrika Selatan.

Kesimpulan yang boleh diambil, sebarang rampasan kuasa di negara-negara Afrika mempunyai dalangnya, dalang-dalang ini akan memperolehi habuan yang munasabah yang dikira dari setakat manakah sumbangan mereka kepada pelaku-pelaku yang ingin menaiki tampuk kepimpinan sesebuah negara.

Sekian.

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s