Pemberontakan paramilitari Bangladesh Rifle…apakah sebabnya? ; Pasukan kriket Sri Lanka diserang pengganas di Pakistan..siapa bertanggungjawab?

Pada 25 Februari 2009, saya dikejutkan dengan pemberontakan oleh pasukan paramilitari di Bangladesh yang ditugaskan mengawal sempadan perbatasan Bangladesh dengan negara jirannya.  Tentera paramilitari ini dinamakan sebagai ‘Bangladesh Rifle’ atau nama singkatannya, BDR.

Mengapa berlaku? Ianya menjadi persoalan, malahan pertubuhan seperti Hizbut Tahrir [ diketahui agak berpengaruh di Bangladesh] dan pelbagai pertubuhan Islam, turut didakwa sebagai dalang yang menggerakkan pemberontakan tersebut.

Namun pada pendapat saya, pemberontakan ini berpunca dari masalah taraf kehidupan anggota paramilitari BDR yang menerima upah saraan gaji yang rendah dan kos kehidupan yang tinggi di Bangladesh.  Ini ditambah pula dengan permohonan anggota pasukan ini [ berpangkat rendah atau digelar ‘jawan’], agar BDR dimasukkan dalam senarai pasukan Pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu di luar negara, tidak dilayan oleh kerajaan tentera Bangladesh [ sebelum pilihanraya umum dan perlantikan Perdana Menteri yang baru].  Ini merujuk pada kadar upah dan gaji yang tinggi yang diperolehi oleh pasukan tentera regular [ udara, darat,laut] Bangladesh , apabila mereka berkhidmat sebagai tentera pengaman di luar negara.

Episod ini dapat dihuraikan lagi dengan perbalahan dengan angkatan tentera Bangladesh, khususnya tentera darat Bangladesh.  Selama bertahun-tahun, tentera paramilitari BDR diperintah [ command] oleh para pegawai tentera darat Bangladesh.  Jawatan pegawai dan pemerintah dipegang oleh para pegawai tentera Bangladesh [ angkatan darat khususnya] dan hanya jawatan anggota lain-lain pangkat dipegang oleh anggota paramilitari BDR.  Bayangkan, para pegawai paramilitari BDR datangnya dari pasukan lain dan memimpin anggota tentera paramilitari BDR, kita boleh membayangkan betapa wujudnya ketidaksatuan perhubungan di antara para pegawai dan anggota bawahan.  Mereka datang dari dua kumpulan yang berbeza, malahan mengwujudkan perbalahan, ketidakpuasan hati dan tidak wujudnya penghayatan dari segi perhubungan kemesraan, malahan para pegawai dianggap sebagai orang luar.

Pada 25 Februari 2009, anggota bawahan paramilitari BDR telah membunuh Major Jeneral Shakil Ahmad [ Director General BDR], iaitu pengarah mereka sendiri dan beliau ditembak dari jarak dekat dan ditikam dengan bayonet, pakaian seragamnya dilucutkan sehingga separa bogel jenazahnya.  Major Jeneral Shakil Ahmad yang merupakan pegawai kanan tentera Bangladesh yang dipinjamkan dari tentera darat dibunuh dengan secara kejam sewaktu beliau menghadiri ‘darbar’ di dalam sebuah dewan di dalam kem tentera paramilitari BDR.

Turut terbunuh adalah para pegawai tentera paramilitari BDR yang dipinjamkan dari tentera darat Bangladesh, mereka adalah Brigadier Jeneral Abdul Bari, Brigadier Jeneral Zakir Hossain, Kolenel Mujibul Haque, Kolenel Anisuzzaman, Kolenel Mohammad Mashiur Rahman, Kolenel Kudrat Elahi Rahman Shafiq, Kolenel Mohamamad Akhtar, Kolenel Rezaul Kabir, Kolenel Nafiz Uddin Ahmed, Kolenel Kazi Moazzem, Kolenel Md Shawkat Imam, Kolenel Mohammad Emdadul Islam, kolenel Md Aftabul Islam, Lt. Kolenel Enshad Ibn Amin, Lt. Kolenel Enayatul Haque, Lt. Kolenel Golam Kibria, Lt. Kolenel Shamsul Azam, Lt. Kolenel Md Badrul Huda, Lt. Kolenel Md Saiful Islam, Lt. Kolenel Md Lutfar Rahman Khan, Mejar Mizanur Rahman, Mejar Mahbubur Rahman, Mejar Md Makbul Hossain, Mejar Md Abdus Salam Khan, Mejar Hossain Sohel Shahnewaj, Mejar Kazi Mosaddek Hossain, Mejar Mohammad Saleh, Mejar Mahmud Hasan, Mejar Mustak Mahmud, Mejar Mahmudul Hasan, Mejar Humayun Haider, Mejar Md Azharul Islam, Mejar Md Humayun Kabir Sarkar, Mejar Md Khalid Hossain, Mejar Mohammad Maksum ul Hakim, Mejar Syed Md Idris Iqbal, Mejar Md Rafiqul Islam, Mejar Muhammad Mosharaf Hossain, Mejar Mohammad Mominul Islam Sarkar, Mejar Mostafa Asaduzzaman dan Mejar S.M Mamunur Rahman, berserta seorang anggota tentera bernama Zahurul Islam.  Isteri pada Mejar Jeneral Ahmad Sakhil juga turut terbunuh, apabila sekumpulan ‘jawan’ [ anggota berpangkat rendah BDR] menyerbu masuk dewan bagi sesi ‘darbar’ dan melepaskan tembakan yang membunuh para pegawai paramilitari BDR.  Ada sesetengah pegawai tersebut diburu dan dibunuh di dalam bilik air serta di kawasan berhampiran dewan tersebut, rumah-rumah para pegawai dibakar dan dimusnahkan dalam sekelip mata.  Jenazah para pegawai yang dibunuh dicampakkan ke dalam parit, lubang najis dan kubur besar yang digali secara tergesa-gesa di dalam kawasan kem BDR.

Malahan, anggota BDR yang memberontak telah muncul dalam kaca televisyen Bangladesh, menceritakan mengenai penindasan para pegawai yang terdiri dari pegawai tentera Bangladesh, terutama menyangkut dari segi penyelewengan wang, gaji dan kemudahan prasarana.  Jesteru, inilah bibit-bibit yang menyebabkan pemberontakan [ mutiny], dikalangan anggota paramilitari BDR.

Walaupun begitu, terdapat pula dakwaan bahawa anggota paramilitari BDR yang kebanyakan terdiri dari anak muda yang berasal dari wilayah selatan Bangladesh terpengaruh dengan pengaruh politik parti Islam yang agak kuat berkubu di wilayah selatan dan menjadi parti pembangkang yang agak berpengaruh di Bangladesh.  Walaupun begitu, ianya hanyalah andaian dan hipotesis pemerhati politik dan ulasan akhbar peringkat antarabangsa sahaja, tiada bukti kukuh yang dapat menyokong kenyataan tersebut.  Hakikat yang sebenar adalah ketidakpuasan hati dari segi upah atau gaji yang diterima, serta penyelewengan yang berlaku di dalam pentadbiran paramilitari BDR oleh para pegawai pemerintahannya yang terdiri dari pegawai tentera darat Bangladesh.  Hukum sains politik kadangkala boleh digunapakai; rakyat yang cukup makan tidak berminat dengan pemberontakan, rakyat yang tidak cukup makan akan memberontak!.

Paramiliari BDR ini juga tidak boleh dilupakan dari segi tekanan tugas mereka, boleh dikatakan pada saban tahun mereka bertempur dengan tentera pengawal sempadan India, iaitu pasukan BSF yang kadangkala membunuh anggota BDR atau menculik anggota BDR di sempadan perbatasan India-Bangladesh, ini termasuk juga tekanan dengan gerakan ketenteraan Myanmar di sempadan di sebelah timur.  Kemungkinan, tekanan pertempuran dengan tentera India dan Myanmar menjadi campuran api dalam sekam , sehingga terwujudnya gerakan pemberontakan anggota bawahan paramilitari BDR.

Pada 3 Mac 2009, para peminat sukan kriket di Pakistan ,dikejutkan  dengan serangan pengganas ,ke atas pasukan kriket Sri Lanka, sudah tentulah tuduhan teratas sekali dalam serangan ini, semestinya mengaitkan dengan pertubuhan gerila ‘LTTE’ [ Tamil Tigers].  Walaupun begitu, ‘LTTE’ masih belum membuat sebarang ulasan yang mengaitkan pertubuhan tersebut dengan serangan yang boleh dikatakan memalukan pasukan elit Pakistan dan perisikan Pakistan.

Serangan bersenjata di Lahore, Pakistan ini oleh dua belas anggota pengganas menyebabkan rantau Asia Selatan semakin bergolak dan sukar diramalkan dari segi kemantapan politiknya.  Ini ditambah lagi dengan gerakan tentera Sri Lanka yang sedang mara untuk menyerang dan memusnahkan kekuatan gerila ‘LTTE’ di utara pulau [ Jaffna], Sri Lanka, malahan amat menakjubkan dari segi kemampuan tentera Sri Lanka dalam tempoh enam bulan sejak bulan September 2008, mampu untuk menyerang dan menakluki semula kawasan yang menjadi kubu kuat pejuang “LTTE’, mengapakah ‘LTTE’ dengan begitu mudah dikalahkan, apakah kesilapan ‘LTTE’ dengan bekerjasama dengan pejuang Islam menjadi pemangkin pada kekalahannya di pulau Sri Lanka, sekali lagi siapakah dalangnya yang berada di sebalik gerakan ketenteraan tentera kerajaan Sri Lanka?.

Pemain kriket antarabangsa Sri Lanka di Lahore, Pakistan bernasib baik tidak mengalami kemalangan jiwa, walaupun enam pemainnya mengalami kecederaan akibat serpihan bom dan tembakan senjata api. Lima anggota polis Pakistan dan dua orang awam pula terbunuh sewaktu serangan tersebut, kecekapan pemandu bas pasukan kriket Sri Lanka berjaya menyelamatkan nyawa keseluruhan pemain-pemain tersebut.

Namun, dari segi geopolitiknya dan kesan-kesan yang berlaku di benua kecil India yang merujuk pada Pakistan, India dan Bangladesh, sudah semestinya mempunyai kaitan yang erat dengan situasi politik sedunia…..apakah Amerika Syarikat, China , Arab Saudi, Pakistan, India, malahan Russia mempunyai percaturan masing-masing di rantau ini.

Sebagai pengakhiran, saya terbaca berita bahawa kerajaan China telah bersetuju bekerjasama membina kilang senjata api yang mengeluarkan senjata rifel Type 81 [ Type 81 adalah senjata api rifel yang diasaskan dari paten senjata api rifel AK 47], kilang senjata api di Bangladesh dengan bantuan kerajaan China akan mengeluarkan senjata tersebut dengan nama baru, iaitu BD – 08.  Petikan dari  laman ; http://www.strategypage.com/htmw/htweap/articles/20090228.aspx

Bangladesh mampu untuk mengeluarkan sebanyak 10, 000 unit senjata api rifel BD-08 yang menyerupai AK – 47 setahun, maka siapakah yang paling curiga dan ketakutan? Terutamanya, apabila gerakan Islam dengan perkumpulan Hizbut Tahrir menjadi dominan di Bangladesh yang mempunyai ramai umat Islam, fikirkan….mengapa pula Amerika Syarikat bersetuju menghantar pasukan FBI untuk menyiasat pemberontakan pasukan paramilitari BDR..fikirkan…inilah percaturan politik antarabangsa!!!.

Sekian…

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s