Selat Melaka…harta Malaysia…tetapi menjadi rebutan kuasa dunia.

Bertemu lagi.

Selat Melaka ( Strait of Malacca ) telah menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan sejak zaman Sri Wijaya sehingga sekarang ini, di pasca zaman yang serba mencabar dan pembinaan kapal-kapal gergasi yang mampu membawa ribuan kontena melalui Selat Melaka.

Selat Melaka menjadi rebutan, sudah tentulah ianya menjadi rebutan pelbagai pihak atau kuasa dunia yang ingin menguasai perdagangan dan politik antarabangsa.
Walaupun hanya sepanjang 805km atau hampir 500 kilometer [ sumber; http://en.wikipedia.org/wiki/Strait_of_Malacca ] , ianya memainkan peranan penting dalam menghubungkan Lautan Hindi dengan Lautan Pasifik.

Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Presiden Barack Obama telah mengirimkan Setiausaha Negaranya, iaitu Hillary Clinton ke Indonesia pada bulan Februari lepas.  Ini menunjukkan bahawa Amerika Syarikat teruja untuk menguasai Selat Melaka atau jalan-jalan laut yang melalui kepulauan Indonesia ke Laut China Selatan dan Lautan Hindi.  Amerika Syarikat sudah tentulah tidak akan melepaskan Selat Melaka sebegitu sahaja, tambahan pula pulau Sumatera menjadi katalis baru yang mungkin menjadi saingan pada negara Malaysia dan Thailand.  Penambahbaikan hubungan antarabangsa dengan Indonesia menjadi jalan terbaik bagi, mengekalkan perjalanan lautan antara benua yang terbuka bagi Amerika Syarikat.

Negara India pula yang menguasai kepulauan Andaman di utara pulau Sumatera, mempunyai kemampuan yang terbaik bagi menguasai Selat Melaka. Tentera Udara India yang mempunyai pengkalan udara di Lapangan Terbang Savarkar di kepulauan Andaman dan pengkalan Tentera Laut India di Port Blair adalah aset terpenting bagi kerajaan India dalam membentuk kekuatan dalam penguasaan mereka ke atas Selat Melaka. Kapal tentera laut yang mampu membawa   helikopter UH-3 Sea King  dan kapal terbang Sea Harrier [ buatan British]adalah lambang kekuatan tentera India dan kapal pengangkut kapal terbang penyerang jenis Harrier, iaitu INS Viraat , mampu memberikan kekuatan laut pada Tentera Laut India, khususnya di bawah pentadbiran ‘Eastern Naval Command’ yang berpusat di Visakhapatnam, Andra Pradesh, India yang bertanggungjawab dalam mengawasi keselamatan perairan kelautan India di Teluk Benggala sehingga ke kepulauan Andaman berhampiran Thailand, Myanmar, Indonesia dan Maldives.

Malahan India juga bakal menerima kapal selam yang dibelinya dari Russia dari jenis Akula yang mampu membawa peluru berpandu nuklear pada tahun 2009. Inilah pemangkin bagi kekuatan India dalam menguasai Selat Melaka yang menjadi rebutan pelbagai pihak dan kuasa dunia sejak zaman berzaman lagi. Jesteru, aspek ketenteraan India menjadi aset penting dalam gerakan mempengaruhi dasar luaran politik India di rantau Asia Tenggara.

Negara Republik Rakyat China pula mempunyai kekuatan tentera lautnya yang berpusat berhampiran pulau Hainan, iaitu ‘Armada Laut Selatan’ [ South Sea Fleet] mengandungi 28 buah kapal selam, 16 buah kapal pemusnah, 40 buah kapal frigate, 42 buah kapal amfibi dan 34 buah kapal patrol mampu melakukan sesuatu di Laut China Selatan dalam rangkaan menguasai Selat Melaka.[ http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/d/dc/Major_Naval_Units.png]
Republik Rakyat China juga kini mampu bermegah dengan kemampuan kapal selamnya yang dapat merapati armada Tentera Laut Amerika Syarikat tanpa dikesan, ini berlaku pada 10 November 2007. Kapal selam China mampu menghampiri dan mampu menyerang armada laut Amerika Syarikat dengan terpedo atau peluru berpandu dari jarak yang sangat efektif di Lautan Pasifik.

Pulau Hainan mempunyai pengkalan angkatan laut yang berpusat di Sanya, malahan kemampuan China membina kapal selam nuklear jenis 094 yang mampu membawa 12 buah peluru berpandu nuklear adalah amaran awal China bagi menguasai Selat Melaka dan Laut China Selatan.
Tentera Laut China dianggarkan akan berupaya memiliki 5 buah kapal selam nuklear dan kapal pengangkut kapal terbang dalam tempoh sepuluh tahun lagi.  Laut China Selatan berhampiran pulau Hainan yang mencecah 5,000 meter kedalaman adalah aset bagi pergerakan kapal selam yang agak sukar dikesan oleh pemantauan udara, malahan pembinaan pengkalan kapal selam yang melalui terowong ke dalam bukit berhampiran pantai adalah aset bernilai yang mampu menyembunyikan pergerakan kapal selam tentera lautnya.  Inilah yang menjadi pemangkin pada kekuatan pengaruh Republik Rakyat China yang semakin mengurangkan perbelanjaannya pada tentera darat dan beralih pada kekuatan tentera laut dan udaranya.

Malaysia adalah sebuah negara yang tersepit dalam percaturan kuasa-kuasa besar dunia, Malaysia tidak mampu untuk bersaingan dengan kuasa-kuasa besar, ini dapat dilihat dengan jumlah penduduk yang bersaiz kecil dan kekurangan dana yang efektif untuk membantu Malaysia dari melepaskan diri dari tekanan kuasa besar.  Apa yang mampu dilakukan oleh Malaysia adalah melakukan perundingan diplomatik peringkat tinggi, bagi mengekalkan kestabilan negara dan campurtangan asing di negara ini.

Malaysia seharusnya mengekalkan kestabilan negara dan masyarakat, dalam menjana ekonomi yang terlebih baik. Ini bagi mengelakkan sebarang campurtangan asing yang akan merugikan negara ini sendiri , dalam konteks jangka panjang atau jangka pendek sekalipun.

Selat Melaka adalah aset negara Malaysia, namun percaturan politik antarabangsa bakal memperlihatkan warna dan citarasa yang boleh berubah dalam jangka masa yang tidak boleh dijangka dengan ketepatan ramalan.  Malaysia tersepit dengan kuasa-kuasa negara asing yang kuat di utaranya, iaitu negara India dan Republik Rakyat China, serta tekanan kuasa barat seperti Amerika Syarikat, manakala Russia pula masih belum dapat memulihkan ekonomi dan kekuatan tentera lautnya yang tumbang seiring dengan kehancuran komunisme.
Kita mestilah bertanggungjawab untuk mengingati sejarah dunia, bahawa negara India dan China mempunyai sejarah ketamadunan yang berusia ribuan tahun, sejak zaman sebelum masihi lagi, pertambahan kekuatan ketenteraan dan ekonomi mereka adalah tidak mustahil, mampu membina semula empayar penguasaan mereka selama ribuan tahun, di Asia Tenggara setelah negara India terjajah oleh British secara memalukan dengan berakhirnya Empayar Moghul dan negara China pula diduduki oleh tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua dan sebelum itu, Dinasti Ming dimusnahkan oleh orang gasar dari Manchuria yang bukannya berbangsa Han dan membentuk Dinasti Ching yang menjajah negara China sehingga mencetuskan gerakan revolusi di China.

Bagi pengaruh Zionisme pula, Israel sudah lama bertapak di Tanah Melayu, pertama sekali di Pulau Pinang [ sehingga kini tinggalan kubur warga Yahudi di Jalan Zainal Abidin atau Jalan Yahudi di Pulau Pinang merakamkan kewujudan petempatan Yahudi di Pulau Pinang], sebelum mereka berpindah ke Australia [ namun terdapat keturunan Yahudi di Pulau Pinang yang memeluk Islam] ,sewaktu serangan tentera Jepun ke Tanah Melayu . Sila rujuk;
[ A Penang Kaddish: The Jewish Cemetery in Georgetown – A case study of the Jewish Diaspora in Penang (1830s-1970s). . http://www.penangstory.net.my/docs/Abs-RaimyCheRoss.doc. “The Jews of Penang”. . http://www.penangstory.net.my/mino-content-paperhimanshu.html]. Malahan Ketua Menteri [ sekarang Perdana Menteri] Singapura yang pertama merupakan seorang berketurunan Yahudi, beliau adalah David Marshall yang turut terbabit dalam ‘Perundingan Baling’ bersama Perdana Menteri Malaysia, Almarhum Tunku Abdul Rahman Alhaj dan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, iaitu Chin Peng pada tahun 1955 di Baling.
Israel sudah pastilah tidak akan melepaskan cengkaman pengaruhnya di Asia Tenggara yang merupakan laluan penting jalan udara dan jalan laut di antara Timur dan Barat, maka sekali lagi percaturan kuasa asing dan barat berlaku di rantau Asia Tenggara.

Kemungkinan besar, para pemikir intelektualisme di Universiti Malaya , Kuala Lumpur yang merupakan golongan bijak pandai yang dipimpin oleh Timbalan Naib Canselor Akademik, Profesor Dato’ Dr. Mohd Amin Jalaluddin mampu untuk menggerakkan minda mereka sebagai golongan akademik tersohor di rantau Asia Tenggara, bagi memikirkan bagaimanakah untuk menyelamatkan Malaysia dari terperosok di bawah kelangkang negara-negara yang berkuasa dengan kepelbagaian kuasa, yakni kuasa ekonomi, kuasa ketenteraan, kuasa kependudukan dan kuasa segala percaturan!!.

Sekian

Leave a comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s